dalam hati ada kasih
Penulis :
Alis Ashiqin
RM15.9
SINOPSIS
Kehadiran Doktor Najwa bertugas di daerah pedalaman telah menimbulkan resah di hati Ain Syazwana, seorg gadis cacat akibat kemalangan seamsa menemani Nukman menghadiri ujian ke maktab perguruan. Nukman yg bekerja membawa penumpang berulang alik di sg pedalaman banyak memberi sumbangan di daerah itu.

Kemunculan doktor muda itu sedikit sebanyak telah merenggangkan hubungan kasih antara Ain Syazwana dgn Nukman. Namun niat Nukman yg ikhlas hendak menolong Dr Najwa menggunakan p
erahunya utk ke tempat dia bekerja telah disalaherti oleh Ain Syazwana. Dia menuduh Nukman curang. Sementara itu, Jufri, teman Dr Najwa sering mencemburui hubungan baik yg terjalin.

Pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Nukman namun Dr Najwa tidak mempercayainya. Hubungan baik antara Dr Najwa dan Nukman turut dicemburui Malik, anak penghulu di pedalaman itu. Malik dan kawan baiknya, Taufik merancang menghalag Nukman menghantar doktor muda itu dgn membakar perahunya namun percubaan itu gagal. Malah Malik tercedera.

Motorsikal yg ditunggangi dgn Taufik terbalik di satu selekoh tajam. Pelbagai konflik dialami oleh Nukman utk mempertahankan cintanya kpd Ain Syazwana. Ain Syazwana telah hilang kepercayaan terhadap Nukman kerana keadaan dirinya yg cacat. Hubungan mereka kini umpama retak menanti belah. Jufri pulak tidak jemu2 menagih cinta Doktor Najwa. Apakah yg terjadi terhadap Nukman, Ain Syazwana, Doktor najwa dan Jufri? Mampukah kebahagiaan mereka dikembalikan semula?
KATEGORI
Novel
ISBN
978-983-3669-24-0
TARIKH TERBIT
04 Januari 2007
MUKA SURAT
336
BERAT
KOMEN
KALENDAR BUKU PRIMA