misteri di sebalik lukisan
Penulis :
Zaifuzaman Ahmad
RM12.9
SINOPSIS
Pelawaan Khatijah ke Port Dickson telah menggemparkan tiga sahabat baik, Azmi, Adrian dan Lim. Khatijah memberitahu Azmi bahawa datuknya ternampak hantu di lautan. Masing-masing begitu teruja untuk menyiasat apakah sebenarnya yang berlaku. Pelbagai cabaran mereka tempuh untuk menyelesaikan Misteri Di Sebalik Lukisan yang mempunyai petunjuk kepada harta pusaka milik moyang keluarga Khatijah. Nazri dan Adrian turut dijadikan tebusan bagi penjahat mendapatkan petunjuk kepada tempat persembunyian harta pusaka tersebut. Namun, segala-galanya tidak menjadi seperti yang telah dirancangkan. Mampukah mereka mengharungi rinta-ngan yang mendatang? Berjayakah mereka menyelesaikan Misteri Di Sebalik Lukisan? Benarkah adanya harta pusaka ditanam seperti yang diberi dalam petunjuk?
KATEGORI
Remaja
ISBN
978-967-5234-44-6
TARIKH TERBIT
01 November 2009
MUKA SURAT
240
BERAT
KOMEN
KALENDAR BUKU PRIMA