diari untuk ibu
Penulis :
Iwan Reaz
RM15
SINOPSIS
Tragedi 9 Disember yang dialami oleh Izz
Akmal sekeluarga telah merampas kebahagian
mereka. Ibunya, Puan Syamira, telah hilang
dan dianggap sudah meninggal dunia.

Izz Akmal mencatat segala peristiwa yang
berlaku dalam hidupnya di dalam sebuah
diari. Dia berharap dapat menghadiahkan diari
itu kepada ibunya kelak. Dia yakin ibunya akan
pulang!

Izz Akmal semakin sedih apabila pernah
melihat kelibat seorang wanita bersama
ayahnya, Encik Syamsul, di bandar. Kemelut
emosi Izz Akmal semakin memuncak apabila
Encik Syamsul mengajak mereka sekeluarga
bertemu dengan seorang wanita yang
dipanggil sebagai Auntie Hana.

Siapakah Auntie Hana sebenarnya? Adakah
dia bakal menggantikan tempat ibu Izz Akmal?
KATEGORI
Remaja
ISBN
978-967-0535-14-2
TARIKH TERBIT
07 April 2013
MUKA SURAT
208
BERAT
KOMEN
KALENDAR BUKU PRIMA