4 JENIS ADIK-BERADIK YANG PERLU KITA TAHU

Anis | 18-07-2019


Ada 4 jenis adik-beradik yang kita kena tahu iaitu :

 

1. Sama Ibu dan Sama Abah → Adik beradik kandung

 

Ini  semua orang tahu. Kalau seIbu dan seBapa memang adik beradik kandung.

 

 

2. Lain Ibu dan Sama Abah → Adik beradik kandung

Nama lain : Adik Beradik Sebapa

Contohnya Abah kahwin buat kali ke-2, anak-anak dari emak pertama hasil perkahwinan abah yang sama dengan anak-anak emak kedua yang juga hasil perkahwinan abah yang sama adalah adik beradik kandung. 

 

Muhrim dan tidak wajib tutup aurat.

 

 

3. Sama Ibu dan Lain Abah → Adik beradik kandung

Nama lain : Adik beradik seibu

Ini paling ramai orang keliru. 

 

So, lepas ni jangan keliru pula ye. Masih dianggap adik-beradik kandung yang mahram.

 

 

4. Lain Ibu dan Lain Abah → Adik beradik tiri

Contohnya, Ibu A kahwin dengan Bapa A dan masing-masing ada anak hasil perkahwinan sebelum ni. Anak-anak Ibu A dan Anak-anak Bapa A adalah adik beradik tiri. 

 

 

Kredit : https://www.sayaiday.com

 

Di dalam novel LELAKI ITU UNTUKKU yang sedang ditayangkan di saluran RTM2 jam 8.30 malam, Orked Harlina menjadi secret admire abang tirinya sendiri.  Idlan Riyaz yang sentimental, cool, penuh kematangan dan pandai ‘mengenakan’ membuatkan Orked Harlina berasa menyampah pada mulanya. Dia yang tidak pernah dikasihi, tiba-tiba diberi perhatian. Kerana Idlan Riyaz, Orked Harlina mula belajar menyayangi, mempercayai dan menerima.

 

BUKU BERKAITAN
KALENDAR BUKU PRIMA