8 TIPS PENCEGAHAN PENCULIKAN ANAK ANDA

shidamitsu | 28-06-2019


Dari tahun 2012 sehingga 2017, terdapat 482 kes kanak-kanak bawah umur 12 tahun dilaporkan hilang di Malaysia. Dengan mengambil statistik pada tahun 2017 pula, boleh dikatakan purata empat orang kanak-kanak hilang untuk setiap hari di negara ni. Bagaimanapun, angka ni termasuk dengan kes-kes lain seperti remaja lari dari rumah, kanak-kanak yang diculik untuk tebusan, pemerdagangan kanak-kanak, ataupun eksploitasi seksual. Walaupun ada di antara mereka ni yang balik dalam keadaan selamat, tapi ada juga yang sampai sekarang masih lagi belum ditemui.

Berikut ialah tips untuk memastikan anda sentiasa berjaga-jaga:

1. Pastikan komunikasi terbuka antara anda dan anak-anak anda. Maklumkan kepada anak-anak anda tentang semua maklumat penting tentang anda. Mereka perlu tahu nombor telefon bimbit anda, nombor telefon rumah, serta alamat mereka sendiri.

2. Jangan ambil apa-apa daripada orang yang tidak dikenali. Ia mungkin kedengaran mudah untuk diberitahu tetapi tidak mudah untuk melaksanakannya. Jika seseorang yang tidak dikenali menawarkan apa-apa kepada anak-anak anda, mereka perlu bertanyakan kepada anda terlebih dahulu. Tetapi dengan ketiadaan anda, adalah lebih baik mereka tidak terima sama sekali. Oleh itu, pastikan anda info ini diterapkan di rumah.

3. Sentiasa berteman. Sekiranya anak anda pergi ke tempat yang mereka belum pernah pergi sebelum ini atau tidak begitu mengetahui keadaan tempat itu, mereka dinasihatkan supaya membawa teman yang dipercayai bersama-sama.

4. Menolak sebarang jenis pelawaan. Kanak-kanak tidak mudah menerima pelawaan atau bantuan. Jadi ia sangat pelik sekiranya anak anda adalah sebaliknya. Beritahu mereka supaya tidak menerima sebarang jenis pelawan ataupun bantuan untuk sesuatu.

5. Katakan kepada anak anda bahawa anda adalah orang yang paling boleh dipercayai. Hubungan terbaik antara ibu bapa dan anak-anak adalah apabila anak-anak sangat mempercayai ibu bapa mereka untuk berkongsi apa sahaja dengan ibu bapa tentang sesuatu yang membuatkan mereka berasa tidak selesa. Adalah penting untuk mengetahui apabila sesuatu atau seseorang mengganggu anak anda.

6. Fahamkan anak-anak anda bahawa anda bukan sengaja mengintip. Jika anak anda masih muda dan mudah terpengaruh, lebih baik anda memantau aktiviti online mereka kerana di sinilah pemangsa biasanya bersembunyi. Jelaskan kepada mereka tentang jenayah ‘cyber’ yang semakin berleluasa. Dan anda bukanlah sengaja mencipta alasan untuk mengintip mereka.

7. Kepantasan dan menjerit sebagai perisai. Sekiranya seseorang mengejar anak anda atau memaksa mereka masuk ke dalam kereta, tindak balas yang terbaik adalah menjerit dan bertindak dengan cepat untuk menyerang serta melarikan diri - dengan syarat penyerang tidak mempunyai senjata berbahaya.

8. Mewujudkan pelan tindakan. Sekiranya anak anda hilang dalam kawasan orang ramai  yang sibuk, mereka akan tahu apa yang perlu dilakukan atau di mana untuk bertemu dengan anda.

Pastikan keselamatan anak-anak anda diutamakan. 

Sumber: Ask Legal, News 24

BUKU BERKAITAN



KALENDAR BUKU PRIMA