7 CARA KEPERCAYAAN DUNIA BAGI MENGHALAU HANTU

Muhamad Khair | 28-06-2019


LADAM KUDA


Pada masa dahulu masyarakat Inggeris percaya dengan memakukan ladam kuda pada pintu dapat menghindar hantu dan roh jahat dari memasuki rumah. Cara ini di dapati dari kisah-cerita rakyat yang berlegar pada masa itu

BAWANG PUTIH


Masyarakat barat juga percaya dengan menggunakan bawang putih mampu menghalang Dracula dan Vampire. Caranya mereka akan mengalungkanya bagi mengelakkan darah mereka di hisap oleh Dracula. Mungkin tidak tahan dengan baunya. Kalau alasan itu digunakan selepas ini menggunakan durian mungkin lebih berkesan.

CERMIN

Bagi kepercayaan masyarakat Cina pula percaya Cermin Bagua boleh digunakan untuk menghalau hantu. Cermin yang dihiasai dengan simbol fengshui dan oktagon akan diletakkan di hadapan pintu rumah mereka. Mungkin juga kerana apabila hantu melihat muka mereka yang hodoh lmereka tidak menerima hakikat lalu melarikan diri. Walaupun begitu, fungsi sebenar Cermin Bagua dalam fengshui adalah untuk mengelakkan tenaga jahat dan negatif dari memasuki rumah.

OFUDA

Juga dikenali sebagai shinpu, aa merupakan azimat yang digunakan oleh agama Shinto di Jepun bagi menghalau hantu. Ianya biasa ditulis pada helaian kertas, kain, papan kayu atau logam dan ditulis padanya simbol dan nama-nama Kami (Dewa) sebagai perlindungan dari roh jahat. Ia mempunyai tarikh luput dan perlu diperbaharui pada waktu-waktu tertentu.

GARAM

Antara material yang paling popular digunakan oleh pelbagai bangsa untuk menghalau hantu. Selalunya digunakan untuk memagar kawasan.

MATA ANAK PANAH

Ia simbol keselamatan, perlindungan bagi masyarakat orang Asli Amerika.Mereka akan mengantungkan mata anak panah pada leher bagi mengelakkan gangguan Syaitan Mata. Ia dipercayai dapat menangkis tenaga jahat dan menyerap kuasa mereka.

MEMBACA AYAT AL QURAN


Bagi kepercayaan umat Islam pula, amalan membaca surah al-Muawwizat (pelindung-pelindung) iaitu terdiri dari surah al-Ikhlas, al-Falaq, dan al-Nas dapat memagar diri dari sihir dan kejahatan syaitan.

 

KALENDAR BUKU PRIMA