Inilah 6 Karakter Detektif Fiksyen Terkenal dari Berbagai Negara

Anis | 25-03-2020


Buku adalah jendela dunia. Berada di kedudukan kedua selepas pengalaman, buku adalah guru yang berharga. Dengan buku, anda boleh melihat dunia lebih luas hanya dari tempat tidur. Dengan buku pula, anda dapat belajar banyak pelajaran hidup yang tidak diajarkan di sekolah. Itulah mengapa sebuah negara maju pasti memiliki masyarakat yang gemar membaca.

Salah satu jenis buku yang sering dibaca adalah novel. Berbagai genre dan tema, termasuk genre misteri atau detektif. Genre novel ini sangat ramai penggemarnya. Beberapa tokoh detektif juga telah banyak dikenal masyarakat. Tetapi tahukah anda bahawa setiap negara memiliki karakter detektif fiksyen masing-masing? Inilah enam karakter dari berbagai negara tersebut.

 

Sherlock Holmes

Siapa yang tidak kenal Sherlock Holmes? Detektif Inggeris karya Sir Arthur Conan Doyle ini memang sangat popular di dunia. Karakter detektif unik yang gemar menyamar ini selalu menyelesaikan berbagai masalah dengan kemampuan berfikir deduktifnya. Satu perkara yang juga disukai daripada karakter ini adalah sifatnya yang sederhana. Bersama kawannya, Dr. Watson, mereka menelusuri jalan-jalan yang padat di London.

 

Hercule Poirot

Boleh dikatakan Hercule Poirot adalah detektif kedua yang terkenal di dunia setelah Sherlock Holmes. Berbeza dengan Holmes, Poirot lebih terlibat dalam kes-kes dalam kalangan bangsawan. Beliau memiliki sifat yang santai, cermat, dan cerdas. Meskipun ditulis oleh Agatha Christie yang berbangsa Inggeris, dikisahkan Hercule Poirot adalah seorang detektif yang berasal dari Belgium.

 

Arsene Lupin

​​​​​

Karakter detektif yang satu ini datang dari Perancis karya seorang penulis bernama Maurice Leblanc. Lupin selalu digambarkan sebagai seorang pencuri yang cerdas. Beliau menganggap mencuri adalah sebahagian daripada seni. Berbeza dengan Holmes, Lupin memiliki penampilan yang kemas, menawan dan terpelajar. Beliau juga dikisahkan sebagai seorang lelaki yang sangat lemah jika berhadapan dengan perempuan.

 

Shinichi Kudo/Conan

Anda pasti familiar dengan karakter yang berasal dari Jepun karya Aoyama Gosho ini. Bermula dari manga, anime, hingga diadaptasi menjadi cerita bersiri. Detektif Shinichi Kudo yang meminum pil hingga kembali bertubuh kanak-kanak dan mengubah identiti sebagai Conan ini sangat digemari di Malaysia. Tidak hanya dalam kalangan kanak-kanak, orang dewasa pun ketagih menonton setiap siri terbarunya.

 

Bernie Gunther

Bernie Gunther adalah karakter detektif yang berasal dari Jerman dalam novel karya Phillip Kerr. Bernie Gunther adalah seorang bekas polis yang biasa-biasa saja. Kisah tentang Bernie Gunther tersebut berlatar belakang Jerman pada zaman kekuasaan Nazi. Membaca novelnya akan membuat anda berdebar-debar dan terbawa-bawa dengan suasana yang dipaparkan.

 

Kapten Polis Kosasih dan Gozali

Di Indonesia juga mempunyai karakter detektif seperti Hercule Poirot. Mereka adalah Kapten Kosasih bersama sahabatnya, iaitu Gozali. Mereka berdua menyelesaikan kes-kes yang ada di Indonesia, terutama di Jawa Timur pada abad ke-19. Kedua-dua mereka itu adalah karya daripada penulis Indonesia, iaitu S. Mara Gd. Meskipun belum pernah difilemkan, namun jualan bukunya sangat laris di Indonesia.

Daripada keenam-enam karakter detektif ini, yang mana satu menjadi kegemaran anda?

kredit : https://today.line.me

 

Di dalam novel Hasutan Iblis karya Illya Abdullah memaparkan beberapa kes penyiasatan Inspektor Zaim & Detektif Azhnita Salam meleraikan beberapa kes yang berlaku di dalam negara.

BUKU BERKAITAN
TOP 3 SERAM
TOP 3 THRILLER
TOP 3 KIDS PRIMA
    KALENDAR BUKU PRIMA