10 Ciri-Ciri Bos 'Awesome' Yang Buatkan Anda Takkan Berhenti Kerja




Menjadi seorang pengurus atau majikan bukanlah satu perkara mudah sebenarnya. Apabila anda bekerja dalam bahagian pengurusan ia mungkin sukar untuk menilai apa perkara terbaik yang anda perlu buat. Anda mungkin akan mencuba untuk mempertimbangkan antara rasa hendak dihormati oleh pekerja-pekerja ataupun rasa ingin mudah didekati atau orang kata ‘sporting’.

Sesetengah majikan merasakan respons atau tindak balas daripada pekerja-pekerja adalah corak daripada kepimpinan diri seorang ketua. Tetapi, ada juga majikan beranggapan bila hubungan dengan pekerja bertambah rapat dan baik, mereka akan lebih disenangi dan memudahkan urusan dalam pekerjaan.

 

Tetapi, sejauh manakah sikap anda sebagai bos atau majikan perlu mengambil kisah akan perihal pekerja-pekerjanya? Kajian mendapati satu per tiga daripada para pekerja berhenti bekerja sebab ingin meluahkan rasa tidak puas hati disebabkan pengurusan syarikat yang buruk atau tidak adil.

 

Ini 10 ciri-ciri bos yang sangat ‘awesome’ yang patut ada pada diri anda atau bos anda:

 

1. Tak Memilih-Milih Atau Berat Sebelah

Kadangkala tak dapat dinafikan ada majikan yang bersikap memilih-milih pekerja yang disukai dan menyisihkan segelintir pekerja yang kurang disenangi. Sikap ini sangatlah tak cool dan boleh mengundang rasa kurang hormat pekerja terhadap majikan.

Sikap berat sebelah tidak boleh dipraktikkan di tempat kerja kerana sebagai bos, anda harus bersikap adil dengan memberikan perhatian dan kerjasama kepada semua pekerja yang bertungkus-lumus membantu menaikkan nama syarikat. Anda harus membina hubungan baik dengan SEMUA pekerja dan bukan dengan segelintir sahaja.

 

2. Melayan Pekerja Seperti Manusia, Bukan Haiwan!

Ada juga sikap majikan yang terlalu kejam membuat pekerja sendiri seperti kuli dengan bebanan kerja di luar kemampuan mereka. Perlu diingat para pekerja juga merupakan manusia biasa yang punya perasaan dan tahu apa itu rasa penat. Anda sebagai bos tiada hak untuk mengambil waktu rehat mereka di hujung minggu kecuali dnegan kerelaan mereka untuk membuat OT.

Bos yang awesome adalah mereka yang bertimbang rasa dengan bebanan kerja diberikan kepada para pekerjanya. Biarpun mungkin banyak kerja yang perlu disiapkan berilah sedikit masa dan ruang untuk mereka melaksanakan tugasan dengan baik.

3. Sanggup Belajar Perkara Baru

Sebagai majikan, anda juga ada kelemahan diri yang takperlulah dimalukan kerana anda juga manusia biasa. Ada perkara-perkara baru di luar kebolehan kita untuk melakukannya dan tak salah jika kita merendahkan ego untuk bertanya dan belajar daripada para pekerja yang lebih mahir.

Merendahkan ego bukanlah menjatuhkan air muka anda sebagai bos, tetapi memberi ruang kepada pekerja untuk mengenal diri anda dengan lebih baik. Di samping anda sendiri akan mampu memperbaiki diri menjadi seorang yang lebih baik.

 

4. Menjadi ‘A Part of The Team’

Sesetengah majikan merasakan diri merekalah penyumbang besar kepada kejayaan syarikat tanpa memandang pekerja-pekerja yang lebih banyak bersusah payah membantu syarikat ke tahap yang cukup cemerlang.

Tetapi, sebagai majikan cuba anda bayangkan kejayaan anda tanpa pekerja-pekerja anda? Adakah anda akan mampu Berjaya sehingga ke tahap yang diimpikan? So, anda seharusnya merasakan anda adalah ‘a part of the team’ yang bersusah payah menaikkan nama syarikat.

5. Memberi ‘Support’ Atau Galakan Membina

Anda sebagai bos sepatutnya menjadi ‘role model’ dalam sesebuah syarikat. Anda harus membina kepercayaan kepada para pekerja supaya mereka boleh bekerja dengan penuh yakin dan bersemangat.

Seorang majikan yang ‘extraordinary’ akan sentiasa membuatkan pekerja berasa senang dan gembira ketika bekerja dengan suasana bekerja dan aura yang positif yang ada di tempat kerja. Pekerja sangat dihargai dan tidak hanya dipandang ‘sebelah mata’.

 

6. Mengurangkan Beban dan Tekanan

Bila masa pekerja berada dalam keadaan yang tertekan atau stress dengan lambakan kerja yang perlu dilaksana, sebagai majikan anda patut tahu cara-cara membuatkan pekerja berasa relaks dan bertenang.

Bos yang sememangnya awesome akan cuba sedaya upaya untuk bertimbang rasa tetapi masih tegas dalam pendirian dan keputusan yang dibuat. Cuma anda sebagai bos boleh fikirkan cara mengurangkan beban yang pekerja terpaksa tanggung.

 

7. Mampu Mengawal Jangkaan

Tidak semua apa yang anda harapkan daripda pekerja akan 100 peratus Berjaya dengan cemerlang. Akan sentiasa ada lompong-lompong kelemahan yang membuatkan target yang ingin dicapai syarikat tidak kesampaian.

Sebagai majikan yang bertanggungjawab anda tidak akan mudah menyalahkan pekerja mealah anda akan cuba membuat ‘refleksi’ terhadap diri dahulu. Anda juga akan mampu melihat kelemahan-kelemahan pada diri dan pekerja yang perlu diperbaiki.

 

8. Memikirkan Penyelesaian, Bukan Hanya Pada Masalah

Sebagai bos yang berkarisma anda patut mengenal pasti apa jalan penyelesaian kepada maslah yang dihadapi oleh syarikat dan bukan hanya menuding jari kepada para pekerja atas masalah yang berlaku.

Majikan yang bijak mampu mengawal situasi dan bukan dikawal oleh emosi.

 

9. Mempunyai Personaliti Yang Kelakar

Jadi bos yang sangat tegas dan tak pernah bermanis muka bukanlah apa yang para pekerja harapkan. Mereka pun boleh jadi takut-takut dan mula menjauhkan diri daripada majikan seperti ini.

Kalau anda ingin jadi bos yang digemari, cubalah sekali-sekala buat jenaka dengan para pekerja sendiri. Biarpun munginkin akan hambar buat kali pertama, tetapi bila anda selalu mencuba para pekerja akan mula faham yang anda sedang cuba membina hubungan yang rapat dengan pekerjanya sendiri.

10. Seorang Yang Pandai Mendengar

Ini adalah alasan mengapa orang yang introvert mampu menjadi seorang bos yang baik. Mereka adalah orang yang mampu mendengar dengan baik atas apa segala yang diperkatakan oleh orang lain termasuk pekerja di bawahnya. Menjadi seorang yang pandai mendengar bukanlah bermakna menjadi seorang pak sanggup yang hanya menuruti kata-kata orang lain.

Bos atau majikan yang bijak akan mampu menilai kata-kata orang di sekelilingnya dan pandai mengambil apa yang bermanfaat dan meninggalkan apa yang tidak perlu. Bos yang mantap dari segi kepimpinan, bukanlah mereka yang hanya mahu kata-kata mereka didengar dan dituruti tetapi masih dengan rendah diri mendengar pendapat dan kata-kata daripada orang lain.

So ada tak sikap-sikap ini di dalam diri anda atau majikan anda?

Kalau anda ingin lebih kenali karakter seorang bos, nantikan kemunculan novel ISTERI CEO VIRAL karya BATIAH HADI yang bakal terbit nanti!

Sumber artikel: blog.maukerja.my

Sumber imej: Google

 

KALENDAR BUKU PRIMA