Kopi Amerikano atau Kopi Biasa?




Apakah yang anda faham tentang Amerikano?

Amerikano bermaksud gaya hidup yang kebiasaannya digunakan untuk orang dewasa atau remaja yang dipengaruhi dengan gaya hidup masyarakat Amerika baik dari segi makanan, pakaian dan gaya kehidupan seharian. Contohnya, seseorang yang gemar menikmati stik atau chicken chop dan ayam panggang.

Bagaimana pula dengan cara pengambilan kopi bagi mereka yang mengamalkan gaya kehidupan Amerikano ini? Sudah pasti amat berbeza dengan pengambilan kopi biasa bagi rakyat Malaysia.

  

Jadi, jom baca apakah perbezaan di antara kopi Amerikano atau lebih dikenali dengan Americano dan kopi biasa.

Apakah perbezaan Americano dan Kopi biasa?

Americano bukan sekadar ‘cup of Joe’ atau kopi yang biasa.

Jadi, apa perbezaannya?

Walaupun bancuhan kopi biasa dan Americano mungkin kelihatan sama, tetapi perbezaan antara kedua-dua kopi ini adalah cara penyediaannya dan bahan asas yang digunakan. Bagi kopi biasa atau standard, ia dibuat dengan menuang air panas dan dibiarkan sehingga ke dasar kopi, selain ia juga boleh dibancuh dengan menggunakan rendaman kopi daripada alat bancuhan kopi (French press) atau dengan menambah biji kopi secara terus ke dalam periuk air yang mendidih. Bahan asas yang digunakan adalah biji kopi panggang atau biji kopi yang diambil dari pokok.

  

Manakala, Americano dibuat dengan menambah air panas ke dalam espreso sehingga ia mempunyai kepekatan yang sama seperti kopi biasa. Bancuhan espreso yang sedikit itu, akan berubah menjadi kuantiti seperti segelas kopi yang besar, sama dengan bancuhan kopi biasa. Walau bagaimanapun, kebiasaannya, kopi biasa dibancuh lebih lama pada suhu yang lebih rendah dengan menggunakan air yang lebih dan pengisar biji kopi.

  

Bolehkah anda merasakan perbezaannya?

Ia bergantung pada cara membuatnya. Ketidaksamaan suhu air, masa membancuh dan tatacara mengisar akan menghasilkan rasa yang berbeza. Kebiasaannya, rasa Americano lebih lemak dan pekat (terima kasih kepada espreso). Namun, rasa itu juga bergantung pada kepada tahap kopi yang dipanggang dan sudah tentu, mengikut selera anda.

Mana yang lebih banyak kafein?

Umumnya, bancuhan kopi biasa mempunyai kandungan kafein yang lebih tinggi daripada Americano walaupun tidak banyak. Menurut Mayo Clinic, kopi biasa mengandungi di antara 95 dan 200 miligram kafein, manakala Americano (dengan dua kali campuran espreso) mengandungi kira-kira 95 hingga 150 miligram kafein.

Jika anda seorang peminat kopi Starbucks yang memerlukan tenaga tambahan sebelum jam 8.00 pagi, anda perlu pilih secawan klasik kopi biasa. Di dalam secawan 8 auns kopi Starbucks, mengandungi 110 kafein, lebih sedikit berbanding Americano.

Tetapi jika anda mencari sesuatu yang lebih ‘sofistikated’ berbanding ‘secawan kopi biasa-biasa saja’, anda boleh mencuba Americano. Apatah lagi, sesiapa saja boleh memesan kopi kosong. Semua orang pun boleh... jadi anda perlu nampak lebih 'class'!

Mungkin anda boleh 'menikmati secawan Americano' di dalam novel MISS AMERIKANO ini! So, let's read! 

 

Sumber artikel: spoonuniversity.com

Sumber foto: Google, unsplash.com

TOP 3 SERAM
TOP 3 THRILLER
TOP 3 KIDS PRIMA
    KALENDAR BUKU PRIMA