5 Cili Pedas Gilerrrr Di Dunia!

SY | 29-07-2019


Setakat makan ayam spicy Mcdollah 3 kali kepedasan tu, apalah sangat berbanding dengan 5 tersenarai cili terpedas di dunia. Yang kita makan tu setakat 100 ribu skala Scoville. Tapi yang ini mencecah 2 juta lebih skala Scoville! Boleh bayangkan tak? Minum air 2 liter pun belum tentu boleh hilang pedas weh. Okey jom kita tengok cili apa yang pedas sangat tu sehingga menggigit ulu hati.

Cili merupakan sayuran berbuah yang dipercayai berasal daripada Mexico dan Amerika Selatan. Ditanam secara meluas di serata dunia terutamanya kawasan beriklim tropika, cili menjadi sejenis makanan yang menjadi keperluan dan kesukaan manusia.

Namun tahukah anda bahawa ada beberapa cili yang dikategorikan sebagai pedas giler di dalam dunia? Yang mana cili-cili tersebut tiada dijual di Malaysia? Dengan menggunakan SHU (Scoville Heat Unit), kuantiti capsaicinoid yang memberikan rasa pedas pada cili dapat dikira.

1. Carolina Reaper (SHU: 2.2 juta)

 

Pernah merangkul gelaran cili terpedas pada 2013, Carolina Reaper sekali lagi merangkul gelaran yang sama dengan peningkatan bacaan SHU sebanyak 71 ribu daripada 1.641 juta.

 

 

Gambaran kepedasan cili Carolina ini ialah 200 kali lebih pedas dari cili Jalapeno kerana merupakan percampuran Ghost Pepper dan Red Habanero. Melihatkan pada bentuknya yang unik iaitu seperti ekor berbisa, kepedasan cili ini sudah dapat dirasakan.

 

2. Trinidad Moruga Scorpion (SHU: 2.009 juta)

 

Bacaan yang tepat bagi kiraan SHU cili yang baru dijumpai di Moruga ini ialah 2,009,231. Sekali sahaja anda menggigit cili ini, anda akan merasai kepedasan yang semakin meningkat. Hampir menyerupai kepedasan Carolina Reaper, sekali pandang cili ini berbentuk seperti buah beri namun jangan pernah tertipu kerana rasanya langsung menyerupai beri.

 

3. 7 Pot Douglah (SHU: 1.854 juta)

 

Dikatakan mempunyai rasa yang elok, 7 Pot Douglah ini tidak mempunyai warna merah yang menggambarkan rasa pedas. Sebaliknya cili yang mempunyai bacaan SHU 1,853,936 ini berwarna coklat pekat. Turut dikenali sebagai 7 Pod Douglah, Chocholate 7 Pod dan 7 Pot Brown, cili ini mampu memperdayakan anda dengan warnanya yang gelap dan kelihatan tidak pedas.

 

4. 7 Pot Primo (SHU: 1.469 juta)

 

Mempunyai ciri ekor yang ‘kurus’, 7 Pot Primo dicipta oleh seorang ahli hortikultur iaitu Troy Primeaux. Ada diantara peladang yang cuba untuk meniru menghasilkan cili Primo dengan menghasilkan ‘ekor’ yang lebih panjang. Mempunyai rupa yang hampir sama dengan Carolina Reaper, cili 7 Pot Prima ini memang boleh tahan rasa pedasnya.

 

 

5. Trinidad Scorpion ‘Butch T’ (SHU: 1.464 juta)

 

Pernah memecahkan rekod sebagai cili terpedas di Guinness World Record pada tahun 2011 dari Australia, cili ini dinamakan scorpion kerana mempunyai bentuk duri sengatan seperti kala jengking di bahagian atasnya.

Dicipta oleh Butch Taylor, ada individu yang memberikan analogi bahawa makan cili ini seperti tertelan 1,000 matahari kerana rasa pedasnya sangat berbisa dan boleh menyengat seperti kala jengking.

 

 

Kalau anda perasan, bentuk 5 jenis cili yang terpedas di atas hampir sama kesemuanya, bukan? Tak perlu rasa, tengok sahaja gambar cili-cili di atas pun dah terasa pijar mulut.

Sumber: Pepper Head