5 CARA ‘BERMAIN’ DENGAN KAD IMBAS.




 

Penggunakan kad imbas dalam proses pembelajaran anak-anak memang sudah diketahui umum kebaikannya. Seawal usia bayi, kad imbas boleh mula digunakan untuk perkenalkan huruf dan perkataan. Tapi tahukah anda selain diimbas kepada bayi, kad imbas jugas boleh dipelbagaikan lagi cara penggunaannya. Jom baca pengkongsian Kak Min tentang penggunaan kad imbas ini.

1. Aktiviti suai padan.

Jika menggunakan kad imbas haiwan, anda juga perlu mempunyai model-model haiwan. Susun kad imbas di atas lantai dan minta anak letakkan model haiwan tersebut pada kad imbas yang betul. Dan ibu boleh keluarkan bunyi haiwan tersebut bila anak suaikan dengan betul. Pasti anak-anak sangat teruja kan!

Begitu juga untuk kenalkan huruf dan nombor, boleh gunakan aktiviti ini sebagai pengukuhan mengenal huruf.

2) Bermain teka bunyi.

Aktiviti ini sesuai untuk kad imbas dengan gambar haiwan atau kenderaan. Ibu berikan klu bunyi haiwan atau kenderaan tersebut dan minta anak meneka. Aktiviti ini sangat bagus untuk mencungkil kemahiran mengeluarkan maklumat kepada anak-anak. Biasanya anak sekitar usia 3 tahun sudah dapat bermain mainan ini.

3) Bermain teka sifat.

Untuk anak yang sudah biasa dengan aktiviti 1, kembangkan lagi aktiviti itu kepada ciri-ciri yang lebih abstrak.

Contoh : Haiwan apa yang tinggal dalam hutan, makan daging dan ada belang di badannya.

Maklumat yang diberikan ini hendaklah semudah mungkin dan bersesuaian dengan usia anak. Dalam permainan ini anak perlu menghadam maklumat dan memberikan jawapan. Ia adalah proses yang mencabar minda kanak-kanak sebenarnya. Namun apabila aktiviti ini kerap dibuat, anda akan kagum dengan peningkatan kepantasan mereka memberi respon. Cubalah!

4) Melihat bentuk dalam animasi 4D.

Zaman sudah berubah, dan proses pembelajaran anak juga menjadi semakin menarik. Dengan flashcard 3D, anak bukan sahaja dapat melihat gambar objek pada kad imbas, tetapi juga dapat melihat terus bentuk sebenar objek tersebut. Siap boleh bergerak pulak tu. Hebat kan! Semoga dengan teknologi yang pelbagai ini akan merangsang daya imaginasi yang lebih baik dalam kalangan anak-anak generasi sekarang.

 

Gambar 3D yang terdapat dalam kad imbas Didi & Friends.

 

5) Menyurih tulisan.

Sebahagian anak kecil tidak suka menulis pada buku. Cuma bagi kad imbas sebagai alternatif. Kebanyakan kad imbas sekarang mempunyai permukaan glossy yang boleh ditulis menggunakan whiteboard marker. Jadi boleh tulis dan lap berkali-kali hanya menggunakan tisu. Jika anda ingin menggunakan kad imbas biasa, hanya perlu lapikkan kertas surih pada permukaan atasnya. 

 

 

Banyak kan cara bermain dengan kad imbas sebenarnya, jadi jangan hadkan kad imbas hanya untuk mengajar anak dan melalui bermain dengan kad imbas pastinya memberikan kesan yang lebih baik kepada ingatan dan emosi anak-anak.

Selamat mencuba!

Kredit : sakinahamid.com

 

KALENDAR BUKU PRIMA