APAKAH MOTIVASI TINGKAH LAKU ANAK?




Selalu sangat Kak Min perhatikan, bila anak-anak mengamuk… mak ayah pun beri gajet untuk diamkan anak. Usah kata oranglah, anak buah Kak Min pun macam tu juga.

Tapi bila dah selalu begitu, anak-anak akan terbiasa. Jom kita baca perkongsian daripada Puan Noor Afidah Abu Bakar, Konsultan Keibubapaan mengenai hal ini.

-------------------------------------------------------------------------

KONSEP

Sebarang tingkah laku kanak-kanak yang di'upah' dengan habuan yang menyeronokkan akan menyebabkan kanak-kanak mengulangi tingkah laku itu.

CONTOHNYA:

Anak mengamuk, ayah/ibu berikan gajet untuk mendiamkan anak. 
Anak gembira. Anak diam.
Ayah ibu senang hati.
Ulang lagi.
Anak mengamuk, ayah/ibu upah anak dengan gajet untuk mendiamkan anak. Anak gembira. Anak diam.
Ayah ibu senang hati sebab anak diam.
Ulang lagi.
Anak mengamuk, ayah/ibu upah anak dengan gajet untuk mendiamkan anak. Anak gembira. Anak diam.
Ayah ibu lega sebab anak diam.
Begitulah ulang dan ulang lagi.

KESANNYA…

Anak mula kaitkan tingkah lakunya dengan habuan gajet.
Dia mula dapat 'akal'.

APA 'AKAL' ANAK?

Apabila anak mahukan gajet, dia akan mengamuk. 
Kenapa? 
Dia tahu bila dia mengamuk, dia akan dapat gajet sebagai habuan.
Dia mengamuk. Dia dapat habuan.
Dia mengamuk lagi. Dia dapat habuan lagi.
Bestnya mengamuk.

AKHIRNYA…

Ibu bapa salahkan anak yang selalu mengamuk.
Ibu bapa membuat kesimpulan jika anak mengamuk satu-satunya jalan adalah dengan beri habuan gajet.
Orang dewasa salahkan iPhone, Huawei, Oppo, Samsung dan seangkatan dengannya kerana menyebabkan anak-anak zaman sekarang selalu mengamuk dan tidak 'behave'.
Orang dewasa salahkan anak ketagih gajet.
Anak-anak zaman sekarang dilabel teruk tak macam mereka kecik-kecik dulu.

Anak juga yang dipersalahkan. 
Ibu bapa kononnya tidak boleh berbuat apa-apa.
Ibu bapa kononnya menjadi mangsa anak sendiri.

Bagi yang cintakan ilmu dan ingin tahu dengan lebih lanjut, bolehlah baca dan kaji tentang Operant Conditioning.

Kredit: FB: Noor Afidah Abu Bakar

-------------------------------------------------------------------------

Selepas ini, kalau anak buah Kak Min mengamuk mahukan gajet, Kak Min akan pastikan ada sekali diberikan buku yang boleh diguna pakai bersekali dengan gajet tersebut. Contohnya Buku Cerita Bergambar Didi & Friends 3D AR. Ha... sambil membaca bolehlah bermain.