TERKEJUT BILA ANAK MASIH KECIL HAFAL BACAAN DALAM SOLAT


Dalam konteks pendidikan awal anak-anak, tanggungjawab untuk mendidik anak bersolat adalah satu amanah yang sangat besar dan berat bagi ibubapa. Mendidik dan mentarbiyyah anak-anak untuk solat tidak semudah kita mengajar mereka ABC atau 123.

Sebutan, gerakan dan tujuan solat harus kita terangkan kepada anak-anak agar mereka memahami tujuan solat itu dilaksanakan.

Oleh yang demikian, Kids Prima dengan kerjasama Hud-hud Media Sdn Bhd telah menerbitkan buku Belajar Solat bersama UMMI: Panduan Lengkap Perempuan/Lelaki yang mempunyai elemen 3D AR (augmented reality)  pertama di Malaysia.

Buku belajar solat ini sesuai dijadikan bahan bacaan atau rujukan untuk kanak-kanak. Terdapat dua buah buku iaitu Belajar Solat Bersama Ummi; Panduan Lengkap Solat Lelaki dan Belajar Solat Bersama Ummi; Panduan Lengkap Solat Perempuan.

Buku belajar solat ini menyediakan panduan lengkap mengenai cara berwuduk dengan sempurna, bacaan di dalam solat berserta terjemahan dan pergerakan solat secara terperinci dari permulaan solat hingga selesai solat. Buku ini disemak oleh Pegawai Hal Ehwal Agama Karangkraf.

Istimewa sekali, dengan elemen 3D AR membolehkan pembaca melihat sekali gus mendengar dengan jelas bacaan dan pergerakan solat di dalam buku ini.
 
Pembaca hanya perlu memuat turun aplikasi ‘Jom Belajar Bersama Ummi’ secara percuma di Play Store atau App Store. Arahan ringkas disertakan di dalam buku ini.

Paling istimewa, jika peranti mudah alih pembaca berada dalam mode offline, aplikasi ini masih boleh digunakan. Aplikasi ini tidak memerlukan data internet untuk digunakan bersama buku.

Jangan terkejut jika anak anda fasih menghafal bacaan dalam solat tanpa perlu bimbingan kursus dari guru khas. Buku ini mampu menarik minat mereka untuk belajar solat dengan teknologi AR.

Buku Belajar Solat Bersama Ummi ini berharga RM20.00. Boleh dapatkan buku ini di kedai-kedai buku berhampiran atau secara online di Karangkraf Mall.

 

Antara paparan yang anda boleh dapati dalam buku ini dengan memuat naik aplikasi Ummi.

 




KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.