Lelaki Ini Tanya Satu Soalan Yang Memang Luar Kotak. Siapa Sebenarnya Hang Tuah. Siapa Boleh Jawab Doubt Lelaki Ini

Anis | 26-06-2019


Seorang lelaki bernama Kanagaraj Kaliana Sundram telah memuat naik satu rakaman video dan bertanyakan satu soalan. Siapakah sebenarnya Hang Tuah, Apa bukti dia ini orang melayu? Jika dia melayu, Hang Tuah bin apa?

Soalan ini menimbulkan ramai persoalan dari netizen netizen yang mula meninggalkan komen di dalam video lelaki ini. Adakah Hang Tuah orang Melayu atau Cina atau India? Ini persoalan atau ‘doubt’ dari lelaki ini.

 

Kami jumpa satu artikel daripada The Patriots tentang Misteri Hang Tuah adalah dari bangsa mana. Mari kita baca.

Membongkar Mitos Hang Tuah Itu Cina?

Sebut sahaja mengenai Hang Tuah, ramai puak Chauvinist, Chola dan pseudo-sejarah akan mula berdendang bahawa pahlawan Melayu ini merupakan bangsa cina. Mereka mempunyai hujah mereka untuk mengatakan bahawa Hang Tuah adalah daripada bangsa cina. Justeru artikel ini akan berbentuk Q&A, di mana setiap soalan akan direka berdasarkan hujah-hujah mereka

Soalan: Hang bukan nama biasa yang digunakan oleh orang Melayu. Hanya Hang Tuah lima bersaudara dalam sejarah yang bernama Hang. Nama bangsa Melayu tidak mempunyai nama keluarga. Kalau nama ayah akan dibinkan. Jadi tak logic kalau Hang Tuah, dan terdapat orang lain yang turut berkongsi nama Hang.

 

Jadi, nama Hang yang sebenarnya ialah Hang Too Ah. Nama Hnag Jebat ialah Hang Jew Fat. Nama Hang Lekir ialah Hang Liew Kier. Nama Lekiu ialah Hang Lee Kiew. Jadi, Hang itu ialah nama keluarga cina.

Jawapan: Hei, saya tahu anda yang cuna menulis sejarah Melayu ni tentu tak pernah bergaul dengan orang Melayu? Pandai-pandai jer buat kesimpulan macam tu. Pernah berkawan dengan orang Melayu tak? Kalau tak, meh sini saya ajar anda apa itu budaya Melayu.

Di sesetengah negeri terdapat orang Melayu yang berkongsi nama depan yang sama. Di Kelantan, nama seperti Nik dan Wan selalu digunakan. Nama seperti Daeng pula terkenal di kalangan masyarakat Melayu Bugis. Nama seperti Raden ialah nama yang selalu digunakan oleh masyarakat jawa. Meor pula nama yang terkenal di kalangan masyarakat Melayu Perak. Masyakat Melayu-Arab pula terkenal dengan nama Syed dan Syarifah di hadapan pangkal nama mereka.

Dan sekali lagi saya tekankan, jangan bercakap mengenai soal Melayu kalau anda tidak pernah bergaul dengan kami. Terdapat banyak lagi Melayu di zaman Melaka yang turut menggunakan nama pangkal Hang. Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Nadim, Hang Hasan, dan Hang Hussin? Untuk pengetahuan saudara juga, nama Hang ini juga merupakan gelaran yang diberikan oleh Istana Melaka pada waktu itu, seperti mana istilah Dato’ pada hari ini.

Soalan: Tiada rekod mengenai kewujudan Hang Tuah dalam sejarah Melayu sebelum kedatangan Hang Li Po. Jadi jelaslah bahawa Hang Tuah itu di bawa oleh Hang Li Po.

Jawapan: Benarkah sedemikian? Pernah baca Sulalatus Salatin dengan Hikayat Hang Tuah? Pernah dengar kisah Hang Tuah menyelamatkan Bendahara daripada orang mengamuk? Pernah dengar kisah Hang Tuah dan para sahabatnya membunuh lanun? Buka balik buku sejarah.

Kalau dirujuk sumber sejarah utama, iaitu Hikayat Hang Tuah yang banyak menceritakan mengenai Hang Tuah, kisah bagaimana Hang Tuah dan para sahabatnya. Ketika kanak-kanak dahulu, Hang Tuah dan para sahabat telah ke laut menggunakan perahu lading. Berlaku adegan kejar mengejar antara Hang Tuah dan lanun yang mengejar perahu Hang Tuah. Sampai sahaja di darat, maka Hang Tuah telah bertikam dengan sang lanun dan pertempuran itu telah membuatkan Hang Tuah menang.

 

Antara bukti lain ialah kisah Hang Tuah menewaskan orang mengamuk masih terkemas dalam rekod sejarah. Kisah bagaimana Hang Tuah menyelamatkan Bendahara Tun Perak dan bagaimana Hang Tuah menghadap Sultan Melaka. Kisah Hang Tuah menewaskan lanun-lanun ketika mengembara pada usia muda dan kecil merupakan bukti bahawa Hang Tuah sudah wujud lama sebelum kedatangan Hang Li Po.

Soalan: Tapi… ada orang cakap yang nama Tuah, Jebat, Kasturi, Lekiu, dan Lekir itu dicinakan. Tiada makna dalam bahasa Melayu. Betul ke?

Jawapan: Nama tuah bermaksud bernasib baik. Masakan ada yang bodoh percaya bahawa nama Tuah itu dimelayukan daripada Too Ah? Nama Jebat dalam bahasa Melayu bermaksud bau badan. Pernah dengar tak ungkapan “baunya seperti jebat musang”. Masakan ada yang mengatakan bahawa nama Jebat itu daripada Jee Fat? Kasturi pula ialah nama haruman. Semua orang tahu tu. Lekir pula datang daripada nama ubi. Lekiu pula datang daripada bahasa Melayu lama yang bermaksud lekit.

Soalan: Tapi macam mana Puteri Hang Li Po boleh ada nama Hang?

Jawapan: Senang sahaja jawapan saya. Hang ialah gelaran yang diberikan oleh Sultan Melaka. Pada asalnya nama Hang Li Po ialah nama puteri itu. Hang ialah gelaran yang diberikan oleh Sultan Mansur Shah.

Soalan: Saya tak puas hati lagi dengan bukti bahawa Hang Tuah itu Melayu!

Jawapan: Wah mencabar nampak. Tak apa… kan saya kata salah satu sumber yang menceritakan tentang Hang Tuah ialah Hikayat Hang Tuah bukan? Ini ada keratan dalam HHT sendiri yang membicarakan Kemelayuan Hang Tuah.

Dalam Hikayat Hang Tuah terdapat petikan di dalamnya yang menyebut dengan jelas tentang nama Melayu. Antaranya ketika peristiwa Hang Tuah vs Samurai Jepun.

“Maka titah Phra Chau, `Hai pendekar, engkau aku titahkan bermain pedang dengan utusan Melayu ini.`

Ketika Hang Tuah berkunjung ke sebuah empayar yang pernah berdiri di negara India, ada juga dipetik nama Melayu di dalamnya ketika dia terpaksa bertempur dengan pahlawan hebat Empayar Vijayanagara dan menewaskan pahlawan itu:

 

“Maka baginda pun menyuroh memanggil pendekar yang tahu terlalu sa-kali pada bermain pedang dan perisai. Maka titah Kisna Rayan, `Hai pendekar, engkau hendak ku-surohkan bertuju dengan Laksamana Hulubalang Melayu.` Maka sembah pendekar itu, `Daulat tuanku, berapa puloh hulubalang Melayu itu akan bertuju dengan patek? Jika sa-orang dua, bukan lawan patik…”

Soalan: Ya, Hang Tuah bukan cina. Tapi, apa bukti Hang Tuah itu wujud?

Jawapan: Kajian-kajian daripada majoriti sarjana di Malaysia bersetuju akan kewujudan Hang Tuah. Mereka membuat rujukan silang dengan manuskrip-manuskrip dari Ryukyu, serta bukti-bukti sejarah dari India, Portugis, Turki dan seumpama dengannya. Walaupun ada yang menolak akan kewujudan Hang Tuah, namun secara majoriti di Malaysia, kebanyakannya mengatakan bahawa laksamana agung orang Melayu ini memang wujud dalam sejarah.

 

 

SUMBER : The Patriots

 

 

Laksamana terkenal dalam kalangan orang Melayu ini wujud di dalam novel Korban, sebuah novel aksi + fantasi yang mengisahkan seorang pemuda bernama Hairil dan sahabatnya Zahid yang mengembara ke satu dunia lain dan pada masa yang sama cuba merungkai persoalan asal-usulnya. Di daerah itu, Hairil dikenali sebagai Hang Tuah dengan pakaian menyerupai pendekar Melayu. Siap bersamping dan bertanjak dengan keris yang tersisip di pinggang. Novel Korban ini sarat dengan babak-babak aksi pertempuran, persahabatan dan nilai-nilai moral