bila lampu padam
Penulis :
Zaifuzaman Ahmad
RM17.9
SINOPSIS
Menggabungkan tiga cerita iaitu Rumah Tumpangan, Kahwin dan Teman. Rumah Tumpangan –Suraya, penulis skrip bebas menulis sebuah skrip filem yang bertemakan kisah seram. Dalam perjalanan ke Mersing, keretanya rosak di tengah jalan, dia terpaksa bermalam di sebuah rumah tumpangan di situ. Tanpa diduga, Suraya ditemui mati terbakar di situ pada keesokan harinya. Kahwin – Harun, seorang peniaga kecil-kecilan terperangkap kerana berhutang dengan Ah Long. Keadaan menjadi terdesak membuatkan Harun turut serta dalam percubaan menikam nombor. Walaupun usahanya Berjaya, dia menemui kecelakaan di sebuah gaung di satu kawasan perkampungan. Teman – Razlan, terkenal dengan sikapnya sebagai ‘kaki perempuan’. Saiful pula seorang wartawan yang duduk menumpang di rumah Razlan. Saiful sedang mengetengahkan kes pembunuhan ngeri dan misteri. Pada masa yang sama, Razlan berkenalan dengan seorang gadis bernama Syafinaz. Tanpa diduga, Syafinaz sebenarnya makhluk misteri itu dan Razlan ditemui mati di dalam keretanya di sebuah kawasan sunyi di pinggir ibu kota.
KATEGORI
Novel
ISBN
978-967-5234-06-4
TARIKH TERBIT
03 Mac 2008
MUKA SURAT
428
BERAT
KOMEN
KALENDAR BUKU PRIMA