puaka kerusi antik
Penulis :
Zaifuzaman Ahmad
RM26
SINOPSIS

Kehidupan Norliesa mula tidak tentu arah setelah kematian ketiga-tiga anaknya. Bagi Norliesa, kehilangan ketiga-tiga zuriatnya itu berpunca daripada anak bongsunya, Nurul Shafiqah. Shafiqah disisihkan oleh ibunya sendiri. Keadaan itu membuatkan Lutfi selaku suami Norliesa dan ayah kepada Shafiqah hidup dalam dilema.

Pada waktu yang sama, Shafiqah yang sedang menuntut di sebuah kolej mula berhadapan kejadian misteri. Seorang demi seorang rakan serumahnya hilang tanpa jejak. Hidup Shafiqah mula tidak tenteram dan sering diganggu kejadian aneh sepanjang menyewa di rumah batu berhampiran kawasan kolejnya itu.

Jiwa Lutfi terus diasak rasa serba salah apabila Romeor, rakan lamanya meminta pertolongannya untuk menilai barang-barang antik di Melaka. Lutfi menerima kejutan setelah mengetahui punca kehilangan salah seorang pekerja kedai barangan antik itu.

Mainan jiwa Norliesa, misteri yang menyelubungi Shafiqah dan kejutan yang diterima Lutfi saling berkait. Tanpa disangka, kejadian buruk yang pernah menimpa Lutfi sekeluarga kini kembali menghantui. Lebih parah, Shafiqah yang dituduh penyebab kematian abang dan kakaknya menjadi taruhan. Mampukah Lutfi dan Norliesa menyelamatkan nyawa satu-satunya anak mereka?

KATEGORI
Seram
ISBN
978-967-498-001-5
TARIKH TERBIT
01 Mac 2019
MUKA SURAT
416
BERAT
BERAT :0gram
KOMEN