survival
Penulis :
Arifful Baqi
RM28
SINOPSIS

Amri dipenjarakan kerana kesalahan membunuh. Dia terlibat dengan aktiviti pembunuhan antarabangsa demi menjaga kestabilan dunia. Tanpa sedar, dia sebenarnya telah menjadi ‘kambing hitam’ atas tujuan peribadi seseorang.

Sehinggalah muncul satu program, Program Pengampunan Banduan. Amri dan beberapa banduan yang lain telah terpilih untuk mengikuti program ini. Mereka dibawa ke sebuah pulau yang belum pernah diterokai oleh manusia. Tanpa sangka, Pulau Larus itu ada ketua yang menjaganya.

Amri mula berasa tidak senang. Ada sesuatu yang mencurigakan. Apatah lagi mendengar syarat untuk lulus dalam program  ini.

Syarat pertama; Hiduplah untuk bebas!

Syarat kedua; Bunuhlah seramai mungkin manusia yang ada di pulau itu.

Dan, bermula hari itu… mereka bermati-matian membunuh. Jika tidak membunuh, mereka akan mati dibunuh! Inikah harga untuk sebuah kebebasan?

“Inilah takdir kau. Jangan pernah terfikir kau boleh tinggalkan dunia yang  penuh kegelapan ini. Kau tak ditakdirkan untuk hidup bahagia seperti manusia biasa!”  - Particle

“Sekurang-kurangnya, aku tak perlu mengulangi dosa lama!” -  Amri

“Kamu tak boleh lari daripada kematian!” - King

KATEGORI
Thriller
ISBN
978-967-498- 035-1
TARIKH TERBIT
01 Jun 2019
MUKA SURAT
496
BERAT
BERAT :0gram
KOMEN