projek seram radio
Penulis :
Kategori: Seram
ISBN : 978-967-446-479-0
Halaman: 352
BERAT :0gram
RM 23

SINOPSIS

Kereta yang dipandu Amar dan ditumpangi Noni kekasihnya, terbabas ke dalam gaung. Rakan sekonvoi, Budi, Zaid dan Razi turun ke gaung untuk memeriksa kereta itu dan mendapati Amar dan Noni tiada di dalam kereta yang remuk teruk itu. Sedang mereka mencari tubuh Amar dan Noni di kawasan sekitar, salah seorang daripada mereka ternampak kelibat seseorang memikul sesuatu. Mereka bertiga mengekori kelibat itu sehingga sampai di satu kawasan seperti sebuah kompleks bangunan lama. Siapa yang membawa mereka ke situ? Kenapa mereka dibawa ke situ? Apa cerita di sebalik kejadian itu? Siapa dalang di sebalik semua kejadian seram dan aneh itu?

Diseru lalu menyeru! /  RITUAL 

 

 

Cadangan asal Nedim, Erina, Wong dan Shafiq sebenarnya ingin membuat projek Sains. Namun tidak disangka, rancangan mereka itu melencong selepas Erina hilang disorok dimensi. Nedim pula jadi tidak tentu arah tiba-tiba hampir merempuh sebuah rumah usang di Kampung Bayan. Dapatkah Erina diselamatkan? Apa pula misteri di sebalik walkman yang sering mengeluarkan bunyi pelik? Tak semua perkara yang sudah selesai, benar-benar selesai.

Ia masih belum selesai... / BISING

 

 

Entah apa yang menariknya pada radio hitam milik arwah Nek Som itu sehinggakan Hamidah sanggup membawa radio tu balik ke Kuala Lumpur. Radio itulah yang menjadi peneman setiap kali dia mengulang kaji pelajaran. Semenjak itu sikap Hamidah berubah. Dia memerap sahaja dalam bilik dengan radio itu. Kejadian ganjil mula terjadi di dalam rumah itu. Lebih memburukkan keadaan, kemunculan kelibat wanita bermuka pucat dan berambut panjang dalam bilik Hamidah. Apa rahsia yang tersimpan dalam radio hitam milik Nek Som sehinggakan Hamidah menjadi begitu rupa dan rumah disinggahi puaka? 

Aku wujud dalam urat darahmu, merasuk dan menyesatkan kamu! / PENANGAN

KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.