grup buku karangkraf bowling tournament

 

Grup Buku Karangkraf telah mengadakan pertandingan boling antara unit, iaitu GBK Bowling yang disertai oleh staf Grup Buku Karangkraf pada 6 Mac 2019, Rabu lalu. Acara yang dianjurkan oleh Grup Buku Karangkraf ini telah diadakan di Alam Lanes Aeon Mall Shah Alam, Selangor.

Seramai 104 orang ahli menyertai acara ini yang bermula pada jam 3.00 petang sehingga 6.00 petang. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf, Tuan Haji Mohamed Izam Mohamed Yusof, bersama-sama Puan Firdaus Husamuddin, Penerbit Eksekutif Grup Buku Karangkraf.

Sebanyak 26 kumpulan telah dibahagikan dan setiap kumpulan disertai oleh empat orang ahli. Pembahagian kumpulan dilakukan secara rawak oleh Ahli Jawatan Kuasa pertandingan yang menggabungkan setiap unit di dalam Jabatan Grup Buku Karangkraf.

Pertandingan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua staf yang terdiri daripada editor, pereka grafik, pegawai akaun, pegawai sekretariat dan ramai lagi. Setiap kumpulan diberi nama gelaran yang unik mengikut pilihan masing-masing. Antara nama kumpulan yang menjadi pilihan, XY, Temberang, Janji Dicapati, Bilis Kering, BawangVengers dan Bossku.

 

Selain itu, hadiah yang ditawarkan oleh pihak penganjur juga agak lumayan dan menjadi faktor utama yang menarik lebih ramai penyertaan. Di samping itu, tajaan hadiah daripada syarikat-syarikat ternama seperti Nestle Malaysia, YEOS, Adabi Consumers, Sunway Lagoon, Figos, Milux, Lekir Martial Arts & Fitness, Ariani dan Alhumaira Contemporary memeriahkan lagi acara pada hari itu.

Penerbit Eksekutif Grup Buku Karangkraf berkata, tujuan utama pertandingan boling ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara staf-staf Grup Buku Karangkraf di samping beriadah dan mengurangkan tekanan di tempat kerja. 

 

Jutaan penghargaan kepada para penaja yang bersama-sama menjayakan program ini:-