Buku Prima Sdn Bhd adalah sebuah syarikat penerbitan yang mula beroperasi pada awal tahun 2006 melalui penerbitan enam buah novel.

Kau Mawarku - Shahriah Abdullah
Tak Kuduga- Ramlah Rashid
Gerimis Kasih- Athirah Natasha
Sayangku Aleeya- Wan Normi
Secebis Rindu- Alis Ashiqin
Keranamu Sofea- Sarina Mohd Som

Sebelum ini Buku Prima beroperasi di Jalan Penchala, Petaling Jaya dan kini telah berpindah ke Lot 7 Persiaran Selangor, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.

Sehingga Disember 2007 Buku Prima telah berjaya menerbitkan 45 buah novel pelbagai genre dan dipasarkan oleh Alaf 21 Sdn. Bhd. sebagai pengedar tunggal.

Antara objektif utama penubuhan Buku Prima adalah memberi peluang kepada penulis-penulis baru yang berbakat agar mengetengahkan hasil karya mereka yang asli dan tidak streotaip.

Terdapat lebih kurang 30 orang penulis yang telah berjaya diketengahkan bakat dan karya mereka. Antara penulis yang mula dikenali ialah Shahriah Abdullah, Ramlah Rashid, Wan Normi, (sekadar menyebut beberapa nama). Hasil karya mereka nyata mendapat sambutan yang menggalakkan sejak mula diperkenalkan secara rasmi di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada tahun 2006.

Seiring dengan itu, Syarikat Buku Prima terus melangkah untuk menerbitkan novel kanak-kanak dan remaja juga kompilasi pelbagai tema dan tajuk.

Keterangan lanjut dan sebarang pertanyaan,
hubungi BUKU PRIMA di talian 03- 5510 6636 dan e-mel prima@bukuprima.com.my

| UTAMA | PRODUK | WARGA BUKU PRIMA | AKTIVITI | | HUBUNGI KAMI |
 


SELAMAT DATANG
KE LAMAN WEB BUKU PRIMA SDN. BHD.

LAMAN WEB INI MASIH DALAM PERINGKAT AWAL.

LAMAN INI AKAN DIKEMAS KINI DARI SEMASA KE SEMASA.

HARAP MAKLUM


 




 
| UTAMA | PRODUK | WARGA BUKU PRIMA | AKTIVITI | HUBUNGI KAMI |
Hakcipta terpelihara © 2008 Buku Prima Sdn Bhd. (715235-X)