| UTAMA | PRODUK | WARGA BUKU PRIMA | AKTIVITI | | HUBUNGI KAMI |
 
 
Kembara Cinta DIA AZURA
RM18.90
Perhubungan antara Darin Madihah dan Hairy Hafi zi ketika mereka di alam kampus mendapat restu daripada kedua-dua keluarga. Justeru itu setelah tamat pengajian mereka telah merancang tali pertunangan. Namun secara tiba-tiba Encik Osman mahu Darin melupakan Hairy Hafi zi. Darin kebingunan tambahan lagi dia sudah tidak mampu melupakan Hairy Hafi zi.
 
Plain Jane NURUL SYAHIDA
RM16.90
Namanya Balkis. Badannya sedikit gempal, pelajarannya pula biasa sahaja. Dia tidak seperti sahabat karibnya Lilee yang punya segalagalanya. Dia juga tidak seperti musuhnya Ana yang mahukan segalanya. Dia adalah seorang gadis biasa. Kewujudan Zaniel
dalam dunia Balkis mengubah segalanya. Balkis mula merasa nikmatnya kecantikan, kemewahan sebagaimana Lilee dan Ana.
 
Lamaran Hati DYZA AINUN
RM18.90
Dalam rela dan terpaksa Adam Khalis mengahwini bekas kekasihnya, Ameera Nadya kerana gadis itu disahkan menghidap barah usus. Ingin mengusir hati yang luka, Iza Masyitah melanjutkan pelajarannya di Maktab Perguruan Kota Bharu.
Namun kehadiran Adam Khalis sebagai pensyarah di maktab tersebut telah memutikkan kembali cinta mereka.
 
Kau Yang Istimewa ALIFAH JUHAIDA
RM16.90
Demi menjaga maruah Datuk Shariff dan Datin Fauziah, Sarah Darleena sanggup mengahwini lelaki yang begitu asing bagi dirinya. Di hari perkahwinannya, dia melarikan diri mengikut kata hati. Sarah Darleena menyertai trip temannya bercuti di atas Kapal Star Cruise. Pertemuan dengan seorang lelaki bernama Riezman, menimbulkan perasaan aneh dalam diri Sarah Darleena.
 
Lukisan Kasih AIDA MUNIRA
RM16.90
Dania anak angkat Adam, bisu selepas kehilangan ahli keluarganya secara tragis. Dania berjaya dipulihkan melalui kaedah aroma terapi lavender.
Setelah Dania pulih, Adam ke luar negara dan Dania ditinggal bersama Sarah. Dania diculik dan berlaku konflik antara Adam dan Sarah.
 
Menjaring Mimpi IZZAH JOELATI
RM18.90
Izyan telah menguruskan perniagaan teman lelakinya Amir sejak menuntut di universiti tempatan lagi. Setelah Amir meninggal dunia,
Izyan ditimpa dilema apabila keluarga Amir mahu menguruskan sendiri harta dan peninggalan arwah Amir.
 
Meniti Bahagia ZIHASRA AZIZ
RM16.90
Zailinna Afira dikehendaki mengahwini Addy Zafril, tunang adiknya kerana adiknya Zailissa Irma telah mengahwini lelaki lain di luar negara. Mampukah Zailinna Afira menerima cadangan itu?
 
Selingkar Kisah IDA JULIANA
RM16.90
Kehidupan Zamizah dilanda derita setelah dituduh berkhalwat dan terpaksa mengahwini Badaruddin. Zamizah telah diceraikan tanpa alasan yang kukuh setelah Badaruddin mengenali janda bernama
Hatipah dan Badaruddin tidak menghiraukan keluarganya lagi.
 
Takdir Penentu Segalanya ATHIRAH NATASHA
RM19.90
Nazim menjadi seorang yang nakal setelah Nazim tinggal bersama ibu bapanya. Suatu hari, Nazim telah bertumbuk dengan Lukman di sekolah sehingga ibu Lukman, Datin Nasirah hendak membuat laporan polis. Dapatkah ibunya Puan Aqilah tangani masalah ini?
 
Gelombang Rindu AMI AMILIA
RM16.90
Azam Harris cuba mengintai taman hati Aisyah walaupun dia tahu cinta Aisyah begitu kental terhadap bekas kekasihnya Amri. Bila cinta baru berputik, Aisyah mendapat tahu Azam Harris adalah
bekas kekasih Lelasari, teman serumahnya. Aisyah buntu.
 
Soalnya Hati NURUL SYAHIDA
RM15.90
Zulaikha meretakkan persahabatan setelah merampas Faizal dari Nurain. Kehadiran Amar Sufian mengembalikan semangatnya yang hampir pudar. Nurain pula muncul kembali tanpa rasa
dendam terhadap Zulaikha membuatkan Zulaikha serba salah.
Hakikat Cinta JASMIN HAYATI
RM15.90
Hubungan yang terjalin antara antara sahabat Nur Ryani dan Jeremy Chua akhirnya berputik rasa kasih. Cinta tidak direstui dan Jeremy membawa diri. Kemunculan Alif Danial, saudara baru Islam
sebagai kekasih sepupunya Farah menjadi Nur Ryani dilema.
 
Setelus Impian ZULAILA ZAKARIA
RM16.90
Ingatan terhadap kekasih lama mengakibatkan hubungan Puteri Liyana Qaisara terhadap suaminya dingin apalagi suaminya berkahwin lain. Ini memberi kesan pahit terhadap anaknya Aina
Qistina Maisara sehingga menyimpan niat dan dendam.
 
Dalam Hati Ada Kasih ALIS ASHIQIN
RM15.90
Kehadiran Doktor Najwa di pedalaman telah merenggangkan hubungan Ain Syazwana dengan Nukman. Ain Syazwana hilang kepercayaan terhadap Nukman kerana sedar akan dirinya yang
cacat. Hubungan mereka umpama retak menanti belah.
 
Sebenarnya Cinta HAIQAL FAHMY
RM15.90
Percintaan Seri Anisah dan Azman dicemburui Syafik. Rafida yang kecewakan sikap dingin Syafik telah meranapkan percintaan Azman dan Seri Anisah. Akibat malu, Azman pulang ke kampung dan menemui gadis bernama Aisyah. Di saat mereka merancang bersama, Seri Anisah muncul semula ingin kembali pada Azman.
 
Selumbar Kasih NAZ AREESYA AMEEN
RM17.90
Perhubungan antara Ariana dan Iskandar tidak direstui Datin Noni, emak Iskandar. Ariana terpaksa mengahwini Amirul kerana terhutang budi dengan ibu bapanya. Namun, sebelum hari pernikahan,
Ariana telah dinodai oleh Danial, bekas kekasihnya. Rahsia Amirul juga terbongkar di malam pernikahan mereka.
 
Bila Hati Berbicara  ANTASYA BALKIS
RM18.90
Emir Qasya amat mementingkan darjat dan keturunan dalam memilih calon isteri. Dalam masa yang sama hatinya telah jatuh cinta dengan Tania Katsura, anak yatim piatu walaupun dia menafikannya. Kerana cabaran Badri Fathul, Emir Qasya memerangkap Tania Katsura dalam perkahwinan terpaksa.
 
Kau Milikku PITTERIAH ABDULLAH
RM17.90
Farhana mengahwini Ilham, lelaki yang tidak dikenali. Ilham melepaskan amarahnya terhadap Farhana setiapkali merindui anaknya arwah Nabila. Farhana memendam rasa kerana di hati Ilham hanya terpahat nama bekas isterinya, Nurul Aliah. Dapatkah Farhana memperolehi kasih sayang yang diimpikan selama ini?
 
Hanya Dikau EBRIZA AMINNUDIN
RM19.90
Peristiwa silam membuatkan Ira Fashua tidak lagi mempercayai lelaki. Pertemuan Ira Fashua dan Erze Zullis pula merubah corak kehidupannya. Sering berlaku pertengkaran sehingga Erze Zullis
sedar bahawa dia mencintai Ira Fashua dalam diam. Dapatkah Erze Zullis menagih cintanya dari Ira Fashua?
 
Suara Kekasih AFIQAH FARZANA
RM15.90
Kerana kerakusan ayah tirinya, Atira melarikan diri di hari persandingannya. Pertemuan dengan Hakim merubah kehidupan Atira. Pertemuan dengan Atiya pula membuatkan kisah lama terbongkar. Si adik yang disangka bahagia, rupanya menanggung
derita. Atira bertekad menebus kembali kesilapannya yang lalu.
 
Ombak Jadi Saksi HARON ABDUL MAJID
RM16.90
Nadia, gadis Singapura jatuh cinta pada Anto pemuda Kota Gudeg ketika berada di Yogyakarta. Nadia yang setia pada Anto menolak cinta Azman malah sering ke Yogyakarta bertemu Anto. Tiba-tiba Anto menghilangkan diri dan muncul bersama isteri dan anaknya.
 
Setitis Kasih SHAHRIAH ABDULLAH
RM15.90
Mariah anak angkat kepada Marjinah dan Sarip telah dipisahkan oleh Mariani, Mikail dan Murni kerana perebutan harta. Mariah telah membawa diri ke Kuala Lumpur dan bekerja di butik David Low. Perkenalannya dengan Imran telah mengubah corak hidupnya.

PAGE   << < 1, 2, 3 > >>
| UTAMA | PRODUK | WARGA BUKU PRIMA | AKTIVITI | HUBUNGI KAMI |
Hakcipta terpelihara © 2008 Buku Prima Sdn Bhd. (715235-X)