Tak Kuduga RAMLAH RASHID
RM18.90
Antara kasih dan budi, kini telah bersatu di dalam hati Siti Atilia. Meskipun Datuk Firzat telah memberi kekuatan cinta kepada Siti Atilia tetapi kehadiran Farami membuatkan Siti Atilia terbelenggu. Antara Farami atau Datuk Firzat, ayah Farami pilihannya?
 
Kau Mawarku SHAHRIAH ABDULLAH
RM15.90
Datin Munira mahu Najla memilih Herman sebagai bakal suami, namun Najla tidak setuju. Dia sudah ada pilihan sendiri, iaitu Khairy, pemandu teksi. Tanpa diduga, di hari pernikahan Herman dan Najla, Najla melarikan diri. Apakah tindakan Herman?
 
ZAIFUZAMAN AHMAD RINTAHAN MAZLIZA
RM16.90
Amirul merupakan pengawal keselamatan di sebuah sekolah yang baru dibina. Dia sering bertemu dengan kanak-kanak perempuan bermain teng-teng dan diganggu suara kanak-kanak menangis. Suatu
hari dia terjumpa beg sekolah kanak-kanak bernama Mazliza.
 
Seindah Rahsia AFIQAH FARZANA
RM17.90
Kehadiran Ilham sebagai ‘secret admire’ dan kemunculan Hadi secara tidak langsung merubah hidup Sri. Sri mengambil Hadi sebagai suami namun dia tidak dapat melupakan Ilham yang hanya
dikenali melalui SMS.
 
Pelangi Kasih DIA AZURA
RM19.90
Kisah hidup Alice dan mamanya, Angelina yang sering didera papanya Albert telah menarik perhatian Hakimi anak seorang pegawai polis. Konflik tercetus setelah hubungan rapat mereka ditentang oleh Puan Habsah, umi Hakimi.
 
Sara Kirana RAMLAH RASHID
RM17.90
Maisarah, isteri yang patuh dan taat pada suaminya Zulfakar dicerai tanpa sebab. Akibat kecewa dicerai Maisarah memulakan hidup sebagai Sara Kirana, penulis disegani. setelah mengahwini Zahrin adik Zulfakar, Zulfakar muncul menagih cinta Maisarah.
 
Citra Cinta ANTASYA BALKIS
RM15.90
Di kolej, Suri sering dikacau oleh Dwen lelaki yang nakal sedangkan Dwen sememangnya menaruh hati pada Suri. Keadaan menjadi rumit apabila Suri ditunangkan dengan lelaki misteri bernama Eidwan Khalil sedangkan dia telah terpaut pada Dwen.
 
Saka Tok Mun ZYRA SAFIYA
RM17.90
Sejak merampas Zahidi dari Hazrina, Hartini sering dihantui sesuatu dari masa lampau. Hazrina yang kecewa turut mengalaminya malah api kemarahannya boleh mengundang bala.
Rahsia dan persoalan ini hanya terletak di tangan Nenek Zainab.
| UTAMA | PRODUK | WARGA BUKU PRIMA | AKTIVITI | | HUBUNGI KAMI |
 
Gerimis Kasih ATHIRAH NATASHA
RM19.90
Suhaila dan Haziq merupakan pasangan yang telah lima tahun berumah tangga tetapi masih belum dikurniakan anak. Keegoan suami turut meretakkan perkahwinan mereka. Dalam pada itu,
Azizi mengambil kesempatan mencuri hati Suhaila, setiausahanya.
 
Sayangku Aleeya WAN NORMI
RM17.90
Aleeya dan Faizul berkawan rapat sejak kecil. Perhubungan mereka menjadi retak sejak mamanya Nazira menghilangkan diri tanpa berita. Nazira bekerja di syarikat ayah Faizul iaitu Alias, bos kaki perempuan. Kehadiran Fadzli telah membantu hidup Aleeya.
 
Keranamu Sofea  SARINA MOHD SOM
RM16.90
Datuk Abdul Majid membuka syarikat sendiri dan berhasrat agar anaknya Sofea akan menggantikan tempatnya. Namun, Pak Murad, adik Datuk Abdul Majid berhasrat merampas syarikat abangnya.
Dia ingin menjodohkan anaknya Irfan dengan Sofea.
 
Secebis Rindu ALIS ASHIQIN
RM15.90
Fakrul Azim dan Anis Amira adalah sahabat baik sejak kecil hinggalah menjadi pasangan kekasih. Setelah Fakrul Azim melanjutkan pelajarannya ke universiti, hubungan mereka agak renggang.
Lebih-lebih lagi setelah dia berkenalan dengan Tengku Marsya.
 
Cinta Najla SHAHRIAH ABDULLAH
RM16.90
Kerana epal merah, Najla mengalami sakit perut dan membawa maut ke atas bayi yang dikandungnya. Herman kecewa dan
menuduh Najla pembunuh. Najla menjadi trauma apalagi Ernita, bekas isteri Khairy muncul menggoda Herman.
 
Pahitnya Madu NUR AIFA
RM16.90
Serina bersedia bermadu dengan mengahwini Razlan di atas sebab- sebab simpati. Rumah tangga yang berjalan lancar akhirnya terganggu setelah Razlan berkahwin lain. Pergaduhan tercetus
antara isteri pertama dan ketiga. Masing-masing merebut Razlan.
 
Secarik Harapan  ZULAILA ZAKARIA
RM19.90
Kemunculan Aliya Nattalia, anak Adham membawa harapan dalam hidup Tuk Wa. Tuk Wa mahu menjodohkan Nattalia dan Izzat Zaidi untuk mendapatkan kembali tanah pusaka namun dihalang oleh Adham.
 
Kalau Ada Cinta KHANA EMI HUSNA
RM16.90
Atas dasar simpati terhadap Pak Ngah Rafiq dan mak Ngah Aisyah, Shahirah sanggup bermadu dengan Julia. Julia sanggup bermadu demi kebahagiaan suaminya, Fariz. Bagi Fariz pula antara dia dan Shahirah tiada wujud rasa cinta. Shahirah tertekan.
 
Janji Kita IZZAH JOELATI
RM16.90
Izyan mengikut sepupunya pulang ke kampung. Di kampung, Izyan telah berkenalan dengan Amir yang berkelulusan tinggi tetapi hanya petani moden. Perhubungan mereka semakin rapat
itu dihalang oleh Datuk Afizal dan Datin Hidayah, ibu bapa Izyan.
 
Bersama Akhirnya NUR FATIHAH MAHMUD
RM16.90
Kegagalan perkahwinan Diana dengan Ikmal menyebabkan Diana membawa diri ke ibu kota. Tanpa disangka, Diana bertemu semula dengan kekasih lamanya Hasriq Danial yang telah bertunang dengan Amylia.

PAGE   << < 1, 2, 3 > >>
| UTAMA | PRODUK | WARGA BUKU PRIMA | AKTIVITI | HUBUNGI KAMI |
Hakcipta terpelihara © 2008 Buku Prima Sdn Bhd. (715235-X)