 |
|
| |
 |
| Gelora Asmara |
HARYANI KAMILAN |
RM18.90 |
|
Tengku Ryan, si mata keranjang yang digilai ramai wanita telah
bertemu dengan Jelita, gadis yang tidak mempercayai perkahwinan.
Jelita tidak mempercayai lagi lelaki kerana kegagalan perkahwinan
ibunya dulu. Ryan mencuba sedaya upaya untuk memikat Jelita.
Mungkinkah Ryan bakal mewujudkan cinta yang tulus dan ikhlas?
|
|
| |
 |
| Teratak Kenari |
ZAIFUZAMAN AHMAD |
RM16.90 |
|
Rumah banglo, hadiah pemberian ayah sempena perkahwinan
Zakuan dan Noridah menghilangkan kemanisan bulan madu mereka.
Bunyi suara orang bertengkar dan kemunculan gadis dahi berlubang
mengganggu emosi Noridah. Malah dia turut dirasuk dan berdialog
dengan gadis itu. Bomoh yang mengubati Noridah turut tewas. |
|
| |
 |
| Kasih Tercipta |
MULIATI ABDUL |
RM15.90 |
|
| Akibat penyakit leukimia, Armand kehilangan isterinya Maya. Dia
terus menutup pintu hatinya untuk mencintai gadis lain. Di Bandung, Armand tertarik akan Riana yang seiras wajah arwah isterinya.
Bakhtiar, sahabat abang Riana pula mengugut Riana agar meninggalkan
Armand. Riana tersepit antara desakan Bakhtiar itu. |
|
| |
 |
| Dendam Pewaris |
ZYRA SAFIYA |
RM16.90 |
|
Sejarah keluarga telah menghalang percintaan Suraya dan Danial Aniq.
Nenek Kalsom yang memelihara Suraya, menghantar ilmu hitam
kepada keluarga Danial Aniq hingga rumah tangga ibu bapanya porak
peranda. Danial Aniq marah dan mengahwini Marissa. Suraya masih
sayangkan Danial Aniq dan mengamalkan ilmu hitam itu semula. |
|
| |
 |
| Qaseh Qaisy |
RAMLAH RASHID |
RM19.90 |
|
Perkenalan melalui alat telekomunikasi antara Qhalida Qaseh atau
D terhadap B telah memeteraikan pertunangan alam siber mereka.
Setelah bertemu muka, B itu merupakan Tengku Qaisy Iskandar,
kenangan pahit di zaman kanak-kanak dahulu. Qhalida Qaseh
merasakan seperti dipermainkan. Bukan mudah memadam kenangan
semalam, tidak semudah melewati kebahagiaan yang berlalu.
|
|
| |
 |
| Kau Ilhamku |
AHMAD FUAD |
RM16.90 |
|
Desman anak kepada Denzar Das, ahli perniagaan yang disegani.
Setelah kematian bapanya, Desman terpaksa memikul tanggungjawab
arwah bapanya. Roxzana, seorang yang tegas ditugas untuk melatih
Desman supaya dapat menjalankan urusan perniagaan dengan baik
namun Desman lebih berminat dengan kehidupan sosialnya bersama
kawan-kawan. Dapatkah karekter ini bersatu mengharungi kejayaan? |
|
| |
 |
| Secalit Sayang |
SHAHRIAH ABDULLAH |
RM15.90 |
|
Jasmine sering mempertikaikan kasih sayang yang diberikan oleh
Datuk Hasnol dan Datin Julia kepada kakaknya Jeslina. Selepas
Jeslina bertunang, Jasmine turut ingin bernikah dengan Zikry yang
baru dikenalinya. Malangnya, ketika dalam perjalanan pulang dari
bertugas, kapal yang dinaiki karam dan dia hilang tanpa dikesan. |
|
| |
 |
| Kenangan Semalam |
MAZEMIE MAZ |
RM18.90 |
|
Rumiza mementingkan kerjayanya sebagai seorang arkitek telah
menyambut cinta Faizul, arkitek di syarikat sama. Kerana desakan
keluarga Rumiza, mereka ditunangkan. Malangnya, sebelum mereka
bersatu, emak Rumiza telah meninggal dunia. Rumiza rasa bersalah
lalu memutuskan pertunangannya dengan Faizul. Dapatkah Faizul
terima sedangkan dia sayangi Rumiza sepenuh hati? |
|
| |
 |
| Sinar Kasih |
ZIHASRA AZIZ |
RM17.90 |
|
| Lili Zafira, anak yatim piatu dipelihara oleh bapa saudaranya, Haji
Adam. Namun kehadirannya tidak disenangi oleh Puan zaiton
dan anaknya Amira. Kerana cemburu, Amira telah menuduh Lili
Zafira berkhalwat dengan Syamil Daniel, membuatkan mereka
terpaksa berkahwin namun tidak bahagia. Lili Zafira tekad
membina hidup baru sebagai model terkenal bernama Fira. |
|
|
|
|
|
| |
 |
| Kembara Cinta |
DIA AZURA |
RM18.90 |
|
Perhubungan antara Darin Madihah dan Hairy Hafi zi ketika
mereka di alam kampus mendapat restu daripada kedua-dua
keluarga. Justeru itu setelah tamat pengajian mereka telah
merancang tali pertunangan. Namun secara tiba-tiba Encik
Osman mahu Darin melupakan Hairy Hafi zi. Darin kebingunan
tambahan lagi dia sudah tidak mampu melupakan Hairy Hafi zi.
|
|
| |
 |
| Kau Yang Istimewa |
ALIFAH JUHAIDA |
RM16.90 |
|
| Demi menjaga maruah Datuk Shariff dan Datin Fauziah, Sarah
Darleena sanggup mengahwini lelaki yang begitu asing bagi dirinya.
Di hari perkahwinannya, dia melarikan diri mengikut kata hati.
Sarah Darleena menyertai trip temannya bercuti di atas Kapal
Star Cruise. Pertemuan dengan seorang lelaki bernama Riezman,
menimbulkan perasaan aneh dalam diri Sarah Darleena. |
|
| |
 |
| Lamaran Hati |
DYZA AINUN |
RM18.90 |
|
Dalam rela dan terpaksa Adam Khalis mengahwini bekas
kekasihnya, Ameera Nadya kerana gadis itu disahkan menghidap
barah usus. Ingin mengusir hati yang luka, Iza Masyitah
melanjutkan pelajarannya di Maktab Perguruan Kota Bharu.
Namun kehadiran Adam Khalis sebagai pensyarah di maktab
tersebut telah memutikkan kembali cinta mereka. |
|
| |
 |
| Plain Jane |
NURUL SYAHIDA |
RM16.90 |
|
Namanya Balkis. Badannya sedikit gempal, pelajarannya pula biasa
sahaja. Dia tidak seperti sahabat karibnya Lilee yang punya segalagalanya.
Dia juga tidak seperti musuhnya Ana yang mahukan
segalanya. Dia adalah seorang gadis biasa. Kewujudan Zaniel
dalam dunia Balkis mengubah segalanya. Balkis mula merasa
nikmatnya kecantikan, kemewahan sebagaimana Lilee dan Ana. |
|
| |
 |
| ANDAI ITUTAKDIRNYA |
SITI ROSMIZAH |
RM19.90 |
|
Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakang keluarga sederhana,
dalam diam menyimpan perasaan dengan seorang anak tokoh korporat
yang ternama yang merupakan rakan sekuliahnya di Universiti, Syed Aizril.
Syed Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis,
limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana
yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan
telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri. |
|
| |
 |
| KHILAF KASIH |
ZULAILA ZAKARIA |
RM16.90 |
|
| Dhiya Dylela Damiya punya sejarah hidup yang tragis. Selama enam
tahun dia membawa rasa gundah gelana yang kian melara menghimpit
resah kecewa. Selama itu juga rentetan peristiwa yang menyayat riwayat
hidupnya tidak pernah terluput dalam lipatan ingatan. Pertemuan semula
dengan Zarief Annas mengembalikan segala kisah suka duka menjadi satu
halangan untuk memenuhi segala keinginan dalam mengecap nikmat bahagia
pada masa depan dek kehidupannya di masa lalu penuh jalan berliku. |
|
| |
| |
|
|