Muka Depan  |  Katalog  |  Latar Belakang  |  Aktiviti  |  Di Sebalik Tabir  |  Kerjaya  |  Langganan  |  Maklumbalas
Andai Itu Takdirnya
SITI ROSMIZAH
RM 19.90
ISBN: 978-983-3669-65-3
~592 hlm
Bahasa Melayu
Perkahwinan yang tidak terduga antara Aleya dan Syed Aizril membuatkan Aleya hidup terseksa. Dia dibuang keluarga. Pasrahkah dia?
An unplanned marriage between Aleya and Syed made Aleya’s life miserable. She is then disowned by her own family. How strong is she to go through these trials of life?
Tarikh Terbit: 10 Jul 2007

"Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya."

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Andai itu tadir-Nya, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.

"Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini. aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdik-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."




Komen-Komen Buku Ini


pnj_1

best... kalu bole bagi 10 bintang. da baca tak tau berapa kali tapi tak penah boring... sape blum baca rugi.

10/10/2009 9:47:36 AM
nine85

mmg meleleh la bukulima bila baca novel ni...ayat2 yg menyentap jiwa raga...sapa yg tak baca lagi mmg rugi...

10/10/2009 9:47:36 AM
bukulima

alamak boleh meleleh gak aku baca buku ni! maksudnya ceritanya memberi kesan jugak! konflik yang hidup, rasa geram je bila baca buku ni, overall memang berbaloi baca buku ni! bagi ****1/2 star! :P

10/10/2009 9:47:36 AM
keyrah

yuppie... sy pn stuju... lol... citer ni pn besyh jugak... suke ngan karya siti rosmizah... ;)

10/10/2009 9:47:36 AM
nawal_ns

Saya suke giller novel ni coz citer dia macm real... pastukan citer ni matang. Walaupun ada kelemahan ia masih boleh diterima lagipun inikan percubaan pertama penulisnya dan ia memang berjaya... last kali tahniah kpd penulisnya... teruskan r tulis novel2 anda coz insaAllah saya akn sokong...

10/10/2009 9:47:36 AM
adhline

Pada saya jalan cerita novel ini sangat menarik. Ia amat menyentuh hati dan juga memaparkan kisah romantik tapi sayang habis jual di pasaran.

10/10/2009 9:47:36 AM
hanima

Saya pun suka. Banyak kali baca pun tak jemu. Setiap kali baca masih lagi dapat dihayati sehingga meleleh air mata.

10/10/2009 9:47:36 AM
as_nana

Pada saya, novel ini sangat menarik kerana jalan cerita yang sentiasa segar dan pelbagai. Menggunakan ayat-ayat yang sangat menyentuh hati seolah-olah berlaku dalam dunia yang nyata.

10/10/2009 9:47:36 AM

[ 1 2 3 4 5 6 ]
Muka Surat 6 / 6

ID MyKraf[?] :
Kata Laluan :
   
Daftar Ahli Lupa ID/Kata Laluan