Muka Depan  |  Senarai Buku  |  Penulis  |  Tentang Kami  |  Aktiviti  |  Di Sebalik Tabir  |  Kerjaya  |  Buku Terlaris  |  Katalog
Projek Seram Lombong
A. Darwisy
Saidee Nor Azam
Zyra Safiya
Hasrudi Jawawi


RM 25.00
ISBN: 978-967-446-236-9
~608 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 10 Jan 2016

Sinopsis

“Asal kau daripada lidah api yang berasap... Merasuk seperti polong tak berjinjang...” / TANAH RIZAB JIN – A. DARWISY
Sekitar tahun 1920, sekumpulan pekerja lombong bijih timah diarahkan untuk mengorek terowong bawah tanah di kawasan Sungai Lembing. Suatu hari, mereka terjumpa sebuah peti kayu yang menyimpan sejarah silam di dalamnya. Rentetan penemuan itu, sebuah keluarga Inggeris yang mengurus lombong itu ditimpa malapetaka. Apakah sebenarnya yang berlaku 30 tahun
dahulu sehingga tanah itu digelar tanah rizab jin? Isabelle, anak pengurus lombong itu, apa kaitannya?


Sulur Bidar itu wujud, makhluk itu tetap ada. / PUSARAN PUAKA – SAIDEE NOR AZAM
Pusaran air yang sebesar telapak tangan itu telah membesar dengan luar biasa. Tiada satu makhluk pun bakal terlepas daripada serangan pusaran air itu. Makhluk apakah yang menghuni dasar Tasik Biru itu? Benarkah makhluk yang bernama Sulur Bidar itu wujud? Di kala pusaran misteri terus berpusar mencari mangsa.


Satu nafsu yang mengganas, memburu dan membunuh. Satu sumpahan yang menanti satu kepulangan. / LOLONGAN LOMBONG LAMA – ZYRA SAFIYA
Berdekad-dekad, tasik lombong yang membohongi warga kota dengan kedamaiannya menyimpan sejarah penuh keganasaan dan kegilaan. Semuanya bermula dengan Itam yang ghairah mahu memiliki kuasa menjadikan Samira mangsa untuk dikorbankan. Namun, perancangan manusia yang tidak sempurna menyaksikan pemburuan berterusan untuk mengenyangkan si buaya putih. Dendam yang membuak memastikan satu keturunan perlu dilenyapkan dan satu jiwa perlu menjadi hamba.


Yang hidup jangan terlalu ikutkan hati, kerana yang hilang tidak semestinya mati. / BADARSILA
Tasik lombong di belakang vila milik arwah ayahnya sama seperti di dalam mimpi-mimpi aneh berulangnya sebelum ini. Di tasik itulah Mustikah tenggelam kelemasan dengan kedua-dua kaki dan tangannya berikat. Akan muncul seorang perempuan seiras wajahnya lalu mencekiknya sehingga mati. Dia yakin mimpi-mimpi anehnya itu bukan sekadar mimpi biasa. Siapa sebenarnya perempuan seiras wajahnya yang muncul di dalam mimpimimpinya selama ini?