Muka Depan  |  Senarai Buku  |  Penulis  |  Tentang Kami  |  Aktiviti  |  Di Sebalik Tabir  |  Kerjaya  |  Buku Terlaris  |  Katalog
Aku Keliru!
Nurul Syahida


RM 27.90
ISBN: 978-967-0535-86-9
~748 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 15 Mac 2014

Sinopsis

~ Teori dan praktikal dalam hubungan adalah dua benda yang berbeza.

Semuanya bagaikan sudah selesai. Si novelis kembali pada lelaki berambut merah itu. Bahagia selama-lamanya. Oh tidak sekali-sekali. Ada banyak yang Safiah perlu sedar. Menerima lelaki yang aneh seperti Roul sebagai kekasihnya memerlukan komitmen dan kesabaran. Menerima khabar tentang perkahwinan rakan karibnya memerlukan kekuatan dan kesedaran. Dan apabila dia berkenalan dengan Zaniel dan melihat sendiri hidup teman serumahnya Masni semakin lama semakin tenggelam, Safiah sedar realiti dan fantasi di sebalik ‘bahagia selama-lamanya’ dalam novel tidak sama. Pertama kali dia tidak pasti adakah dia sudah bersedia untuk melepaskan sahabat karibnya yang ingin melangkah ke dunia perkahwinan, adakah dia masih boleh menjadi insan sarkastik dan selamba seperti dulu, dan sama ada Roul memang pilihan yang tepat dalam hidupnya.

"Awak pun tahu bezanya," katanya.
"Beza apa?"
"Sesuatu yang awak perlukan berbanding sesuatu yang awak inginkan." - Zaniel

"Ini bukan novel. Aku bukan damsel in distress yang perlukan lelaki kaya raya untuk selamatkan aku. Aku bukan perempuan clumsy yang bertemu lelaki gila-gila dan akan hidup bahagia tak kira macam mana mengarut pun lelaki tu layan aku." - Safiah

"Gua memang tak tahu banyak benda, Lulu. Gua memang tak kaya. Memang tak banyak duit. Memang tak macam lelaki yang mampu didik Lulu jadi isteri solehah. Tapi gua anggap Lulu yang akan ajar gua bab tu. Lulu yang akan tolong gua sebab walaupun tak boleh nak jadi lelaki paling alim dalam dunia untuk Lulu, gua boleh buat banyak benda lain. Gua boleh halang orang dari sakitkan Lulu. Gua boleh jadi tembok untuk Lulu. Biar orang lain belasah gua supaya Lulu tak apa-apa." - Roul