Muka Depan  |  Senarai Buku  |  Penulis  |  Tentang Kami  |  Aktiviti  |  Di Sebalik Tabir  |  Kerjaya  |  Buku Terlaris  |  Katalog
3 Hati
Liza Nur, Nurul Syahida, Zara Amani
Liza Nur
Nurul Syahida
Zara Amani


RM 27.90
ISBN: 978-967-0535-12-8
~752 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 4 Apr 2013

Sinopsis

Ceritera Lea bermula dengan tragis. Dia yang sepatutnya dinikahkan di rumahnya terpaksa menanggung aib apabila pengantin lelaki yang sudah bergelar kekasihnya selama lebih 7 tahun, Imran tidak menunjukkan muka. Lea sedar cinta tanpa lafaz akad nikah hanyalah satu destinasi yang tidak ada kepastian. Dia mahu cinta berhenti setakat itu. Jangan ada cinta yang menjengah lagi. Noah hadir bersama seribu satu misteri, cuba melembutkan hati yang kononnya sudah menjadi sekeras kerikil. Sayang, ada dusta disebalik ungkapan rasa. Mampukah Lea mencari jalan keluar dari puzzle cinta itu?
Buat Wulan pula, dia tidak inginkan yang lain selain mengikuti sistem dan aturan yang telah dia tetapkan dalam hidup secara auto-pilot; bekerja dengan aman, menjaga si ibu yang sudah lama bersendirian dan menghabiskan waktunya dengan perkara-perkara yang mungkin tidak menarik bagi orang lain, tetapi cukup memuaskan hidupnya. Apabila Neal, si peguam yang menggelar dirinya ‘relationship freelancer’ muncul dan begitu bijak menarik perhatiannya, semua aturan yang diciptanya menjadi huru-hara. Buat pertama kalinya Wulan jatuh cinta dan untuk pertama kalinya juga dia dikecewakan dengan hebat. Namun Wulan bukan gadis biasa yang akan menangis air mata darah kerana putus cinta dan kerana itulah dia mencari Henry untuk membantunya. Tapi membantunya dari segi apa?
Nini juga tidak lari daripada masalah peribadi yang membelenggu dirinya sekian lama. Saban hari meniti waktu dengan hati yang tidak rela, membuatkan jiwanya memberontak. Bicara yang tidak pernah terluah, akhirnya terlepas dan menjadikan dia seorang insan yang lebih redha dan kuat. Dalam melayari kehidupan sesudah berputus kasih, dia memberanikan diri untuk mencuba sekali lagi dalam percintaan. Atas sokongan dan dorongan rakan-rakan, Nini menggagahkan diri menjadi yang terindah di mata Achik, pemuda yang terlalu sempurna untuknya. Dugaan demi dugaan, tekaan demi tekaan, hatinya yang rapuh tidak mampu meneruskan lagi percubaan gila dalam menjadikan Achik miliknya. Redha dan sabar, gadis itu memberanikan diri. Antara malu dan benar, mampukah dia mendahului medan itu?