Muka Depan  |  Senarai Buku  |  Penulis  |  Tentang Kami  |  Aktiviti  |  Di Sebalik Tabir  |  Kerjaya  |  Buku Terlaris  |  Katalog
Sekolah Banyak Penunggu
Nurul Syahida


RM 15.00
ISBN: 978-967-0342-97-9
~232 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 10 Mac 2013

Sinopsis

Shikin, Dinie dan Dot merupakan tiga pelajar tingkatan satu yang ditempatkan sebagai ahli-ahli baru bilik asrama 32, yang diketuai Kak Salna. Kak Umie dan Kak Nad pula merupakan dua orang pelajar senior tingkatan tiga yang nakal dan hanya mahu mengusik pelajar baru dengan kisah seram di asrama mereka. Namun Kak Umie dan Kak Nad tidak tahu, mereka bakal mengalami kisah seram mereka sendiri. Adakah cerita itu berakhir di situ sahaja? Rahsianya dalam Sekolah Banyak Penunggu!

“Orang kata dulu ada seorang budak yang suka panjat tangga sambil mengira. Tapi satu hari tu, dia tergelincir dan jatuh dari tangga. Tak ada siapa sempat selamatkan dia. Jadi sejak dari tu, orang asyik dengar suara budak mengira anak tangga.”- Deq Nor.

“Bangunlah kau orang. Tolonglah bangun. Aku takut.”- Hanis