| Nia Rekasya adalah anak sepasang suami isteri yang kaya-raya. Limpahan kemewahan mengubah perwatakannya menjadi anak yang nakal. Nia Rekasya dihukum agar tiada lagi percutian mahal seperti tahun-tahun sebelumnya kerana papa dan mamanya kecewa dengan keputusan peperiksaannya. Sehinggalah pada majlis hari lahirnya, dia mendapat sebuah hadiah daripada salah seorang anak yatim bernama Aishah yang dijemput oleh neneknya, Nenek Nurbaya. Nia Rekasya memandang rendah dan hina dengan pemberian Aishah yang pernah ditemui di rumah anak-anak yatim. Kitab lusuh itu akhirnya telah membongkar satu rahsia dan bermulalah satu pengembaraan Nia bersama Aishah. Mereka berdua terlontar ke dunia yang penuh fantasi dan mistik. Banyak kisah teladan dan hikmah yang dapat memberi pengajaran menarik kepada semua. |