Pernahkah anda terfikir untuk terapung-apung di angkasa lepas dan bergerak bebas tanpa sebarang halangan bagaikan sebuah mimpi yang indah? Walaupun ia sesuatu yang di luar jangkaan dan sukar untuk dicapai, harapan itu tetap terpendam di sanubari.Dengan kejayaan negara kita menghantar seorang angkasawan ke angkasa lepas, aspirasi untuk mengikuti jejaknya kini boleh menjadi kenyataan. Apakah langkah-langkah yang harus dilakukan untuk merealisasikan impian itu? Untuk memenuhi kriteria tertentu, buku ini menghuraikan segala maklumat terperinci ujian-ujian yang telah dilalui oleh para calon di dalam Program Angkasawan Negara Malaysia. Calon- calon yang melalui proses saringan pemilihan angkasawan negara turut berkongsi pengalaman mereka. Jadi, tunggu apa lagi? Jom mulakan perjalanan memenuhi Aspirasi Angkasawan anda! |