Muka Depan  |  Senarai Buku  |  Penulis  |  Tentang Kami  |  Aktiviti  |  Di Sebalik Tabir  |  Kerjaya  |  Buku Terlaris  |  Katalog
Soalnya Hati
Nurul Syahida


RM 15.90
ISBN: 978-983-3669-22-6
~352 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 1 Apr 2007

Sinopsis

Sahabat umpama bintang di langit yang mampu bersinar menerangi ke¬hidupan. Zulaikha dan Nurain adalah teman karib sejak dari sekolah rendah hingga menengah dan seterusnya memasuki univer¬siti yang sama. Janji dan ikrar mereka sama, sentiasa bersama dan jujur seadanya.Namun Zulaikha telah melakukan kesila¬pan besar dan meretakkan hubungan persa¬habatan yang telah terjalin. Faizal jejaka yang dicintai Nurain telah dirampas oleh Zulaikha dan kini dia telah kehilangan Nurain atas ke¬curangannya itu. Nurain telah berpindah ke universiti lain. Kehadiran jejaka bernama Amar Sufian dalam hidup Zulaikha telah mengembalikan semangatnya yang hampir pudar walaupun sikap jejaka itu kurang disenangi. Sedikit demi sedikit mereka mula menjadi teman rapat yang memahami kekurangan masing-masing. Tiba-tiba Amar Sufian menghilangkan diri dan sekali lagi Zulaikha dilanda kesepian. Puas sudah dia berusaha menjejaki jejaka itu tetapi gagal dikesan. Pertemuan Zulaikha dengan Mohd Yusrizal Rivera telah merubah hidup Zulaikha kembali bersinar. Namun kehadiran Yusrizal tidak mampu merubah hati Zulaikha terhadap Amar Sufian.Beberapa tahun berlalu, Amar Sufian muncul mencari cinta Zulaikha yang dirin¬duinya. Pada masa yang sama Nurain muncul kembali tanpa rasa dendam terhadap Zulai¬kha. Zulaikha berasa gembira dan berjanji tidak akan mengkhianati persahabatan lagi. Tetapi janji itu sekali lagi memaksa Zulaikha berkorban kasih.Dapatkah Zulaikha menempuhinya? Bak kata bidalan Melayu, diluah mati emak, ditelan mati bapa. Antara sahabat dan kekasih, Zulai¬kha dilema memilih antara dua.