Muka Depan  |  Senarai Buku  |  Penulis  |  Tentang Kami  |  Aktiviti  |  Di Sebalik Tabir  |  Kerjaya  |  Buku Terlaris  |  Katalog

Adakah anda berbakat dalam bidang penulis? Kalau ada bakat, kenapa tidak dibukukan sahaja karya anda untuk tatapan pembaca? Jika anda mempunyai manuskrip yang telah siap tapi tidak tahu hendak dihantar ke mana, Buku Prima sedia menerima manuskrip anda.

Terdapat beberapa genre bacaan seperti buku kanak-kanak, novel awal remaja, novel dewasa dan buku umum. Setiap buku mempunyai kriteria penghantaran manuskrip yang berlainan.

Kriteria Manuskrip : Buku Kanak-kanak - Jumlah muka surat hendaklah antara 3-5, kertas bersaiz A4, Times New Roman@Gill San, font size 11@12, double spacing. Jalan cerita seharusnya berkonsepkan cerita yang memaparkan moral dan tauladan seperti cerita manusia, tumbuhan ataupun haiwan.

Kriteria Manuskrip : Novel Awal Remaja - Jumlah muka surat hendaklah antara 150-200, kertas bersaiz A4, Times New Roman@Gill San, font size 11@12, double spacing. Jalan cerita seharusnya berkonsepkan cerita yang memaparkan moral dan tauladan seperti cerita remaja yang berkaitan dengan persekolahan, ibu bapa, hobi, sukan, hiburan, misteri, pengembaraan dan banyak lagi.

Kriteria Manuskrip : Novel Dewasa - Jumlah muka surat hendaklah antara 450-650, kertas bersaiz A4, Times New Roman@Gill San, font size 10@12, double spacing. Anda boleh menulis apa sahaja cerita yang anda suka seperti kisah seram, percintaan, kisah masyarakat, cereka sains, thriller, komedi romantik dan banyak lagi. Yang pastinya, jalan cerita mestilah mantap, mempunyai nilai-nilai agama, bermesej, menarik dan bermoral.

Info tambahan

  • manuskrip anda mestilah yang asli dan tidak diciplak atau diterjemahkan dari mana-mana novel lain.
  • kami berhak menolak manuskrip tersebut jika tidak bersesuaian.
  • manuskrip yang dihantar perlu di dalam bentuk bercetak (hardcopy) dan anda juga perlu e-melkan ke prima@bukuprima.com.my.

Hantarkan manuskrip anda kepada:

Gup Buku Karangkraf (Buku Prima)
Lot 2 Jalan Sepana 15/3,
Off Persiaran Selangor,Seksyen 15,
40200 Shah Alam, Selangor.

No Tel:  03-5101 3683
03-5101 3684
03-5101 3649

prima@bukuprima.com.my