Muka Depan  |  Katalog  |  Latar Belakang  |  Aktiviti  |  Di Sebalik Tabir  |  Kerjaya  |  Langganan  |  Maklumbalas
MAJLIS SANTAPAN AMAL NUR KASIH (TERBARU)
23 Mei 2010 - 23 Mei 2010

Dengan tema Bantu Kami Membantu Mereka, Kumpulan Karangkraf telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Yayasan Nur Karangkraf Malaysia khas bagi memberi peluang kepada ibu-ibu tunggal memperkasakan ekonomi dan memulakan hidup baru dengan lebih yakin.

Bertitik tolak dari itu, Yayasan Nur Karangkraf Malaysia dengan kerjasama media rasmi iaitu Radio 24 telah menganjurkan Majlis Santapan Amal Nur Kasih bagi meraikan ibu-ibu tunggal serta para dermawan. Majlis tersebut dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Yang Berhormat Dr. Mashitah Ibrahim serta para tetamu khas yang lain.

Majlis turut diserikan lagi dengan nyanyian merdu oleh Datuk Khadijah Ibrahim dan M. Nasir. Selain itu, para tetamu turut dihiburkan dengan tarian tradisional dan peragaan pakaian daripada Ridz’s Collection. Acara penyampaian replika cek pula mengakhiri majlis tersebut pada malam itu.     


Lokasi: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

ID MyKraf[?] :
Kata Laluan :
   
Daftar Ahli Lupa ID/Kata Laluan