Kempen Membaca Bersama Karangkraf @ Sekolah Rendah Setiabudi
6 Jun 2012 - 6 Jun 2012
Nota: klik pada gambar untuk paparan lebih besar
Buat pertama kali, Kumpulan Media Karangkraf telah bekerjasama dengan Sekolah Rendah Setiabudi dalam penganjuran ‘Kempen Membaca bersama Karangkraf’ yang telah diadakan di sekolah tersebut baru-baru ini. Kempen ini bertujuan memupuk minat sekali gus menyuntik kesedaran tentang pentingnya tabiat membaca di kalangan generasi muda yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan khususnya di sekolah-sekolah seluruh negara.
Bagi memeriahkan lagi kempen, pelbagai aktiviti menarik telah diatur hasil kerjasama kedua-dua pihak. Antaranya, majalah E-baca telah menggamatkan sesi persekolahan adik-adik pada hari tersebut dengan permainan kuiz menguji minda yang menawarkan pelbagai hadiah eksklusif daripada Kumpulan Media Karangkraf.
Barisan penulis buku Kids@Prima juga turun padang untuk sama-sama menjayakan sesi bercerita. Manakala, sesi motivasi ‘Rahsia Jadi Genius’ pula dikendalikan oleh Cikgu Kamil mengisi slot aktiviti kempen membaca sebelum sesi bercerita bermula. Pada sebelah petang pula, majalah G3 dan pelukis novel grafik ‘Super-Nur #1’, Haris Norman Harizan turut tampil berkongsi ilmu meneroka teknik-teknik melukis kartun.
Kempen Membaca Bersama Karangkraf dilancarkan oleh Puan Sri Diah selaku Pengurus Besar Penerbitan Grup Buku Karangkraf. Pada majlis pelancaran, Kumpulan Media Karangkraf juga berbesar hati memberikan sumbangan berupa buku-buku dan majalah-majalah bernilai RM500 kepada Sekolah Rendah Setiabudi untuk dimanfaatkan sebagai bahan bacaan di pusat sumber sekolah.
6 Jun 2012 - 6 Jun 2012
![]() |

Aktiviti
|
MukaSurat 1 / 11 |