Muka Depan  |  Katalog  |  Latar Belakang  |  Aktiviti  |  Di Sebalik Tabir  |  Kerjaya  |  Langganan  |  Maklumbalas
Majlis Pelancaran Buku ASPIRASI ANGKASAWAN - Catatan Pengalaman Calon Angkasawan Negara
25 Jun 2010 - 25 Jun 2010

Bersempena dengan Pesta Buku Selangor yang telah diadakan bermula 25 Jun hingga 5 Julai yang lalu, Persatuan Astronautik Malaysia dengan kerjasama Buku Prima telah melancarkan buku ASPIRASI ANGKASAWAN - Catatan Pengalaman Calon Angkasawan Malaysia bertempat di pentas utama PKNS Shah Alam. Majlis pelancaran yang bermula pada pukul 4.00 petang itu dirasmikan oleh enam orang calon angkasawan yang telah menyumbang kepada penerbitan buku tersebut. Antara penulis yang hadir untuk merasmikan majlis itu adalah Kapten Mohammed Faiz Kamaludin (salah seorang empat calon akhir angkasawan Negara), Mohd. Bostami Ahmad, Dr. Mohd. Harridon Mohamed Suffian, Mohd. Haizam Mohd. Sibi, Norazlan Shah Mahadi dan Ridzudden Mat Kiah.

 

Calon angkasawan lain yang turut hadir adalah Prabaharan Nadarajan dan Wan Ahmad Jailani Wan Ngah. Ahli keluarga Kapten Faiz turut menghadirkan diri untuk menyaksikan pelancaran buku itu. Ini termasuklah ahli keluarga Wan Ahmad Jailani dan Ridzudden Mat Kiah.

 

Sinopsis:

Buku Aspirasi Angkasawan ini memaparkan pengalaman peribadi calon-calon angkasawan sewaktu menjalani proses pemilihan Angkasawan Malaysia. Selain itu, buku ini turut menghuraikan segala maklumat terperinci ujian-ujian yang telah dilalui oleh para calon di dalam Program Angkasawan Negara Malaysia. Perkongsian pengalaman ini adalah sumbangan daripada Mohammed Faiz Kamaludin, Vanajah Siva Subramaniam, Mohd. Bostami Ahmad, Mohd. Harridon Mohamed Suffian, Loo Ray Sun, Mohamad Haizam Mohd. Sibi, Devina David, Mohd. Yusfi Md. Yusop, Norazlan Shah Mahadi dan Ridzudden Mat Kiah. Buku yang berharga RM25.90 ini mempunyai 144 halaman dan antara yang menarik adalah:

 

• Larian 3.5 Kilometer

• Ujian Perubatan Umum

• Ujian Perubatan Aero I dan II

• Latihan Ikhtiar Hidup Darat dan Laut

• Temu Duga Panel

• Penilaian Perubatan Aeroangkasa di Rusia

• Pemilihan Dua Calon Angkasawan Negara


Lokasi: Pentas Utama PKNS, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

ID MyKraf[?] :
Kata Laluan :
   
Daftar Ahli Lupa ID/Kata Laluan