Muka Depan  |  Katalog  |  Latar Belakang  |  Aktiviti  |  Di Sebalik Tabir  |  Kerjaya  |  Langganan  |  Maklumbalas
PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2010
19 Mac 2010 - 28 Mac 2010

Setiap tahun antara yang ditunggu-tunggu oleh para peminat buku dan juga novel adalah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Tahun ini, sekali lagi bertempat di PWTC, bermula 19–28 Mac 2010, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 kali ke-29 telah diadakan.

Ini adalah kali kelima penyertaan Buku Prima dalam kemeriahan penuh bermakna ini. Seperti lazimnya pesta buku yang diadakan, para pengunjung tidak putus-putus mengunjungi setiap gerai yang menawarkan diskaun-diskaun hebat tidak terkecuali BP.

Selain itu, BP turut menjemput novelis-novelis seperti, Kamsiah Abu, Dyza Ainun, Ebriza Aminnudin, Shahriah Abdullah, Siti Rosmizah, Siti Nur Dhuha dan ramai lagi yang mana setiap seorang penulis ini telah menghasilkan novel baru pada tahun ini.

Setiap yang bermula pasti berakhir, begitu juga dengan kemeriahan Pesta Buku Antarabangsa 2010 kali ini. Segala penat-lelah krew-krew BP yang terlibat terbayar apabila para pembeli berpuas hati dengan produk pengeluaran BP.

Semoga bertemu lagi pada tahun hadapan. Adios!


Lokasi: DEWAN TUN HUSSEIN ONN, PWTC, KUALA LUMPUR.

ID MyKraf[?] :
Kata Laluan :
   
Daftar Ahli Lupa ID/Kata Laluan