5 Feb 2010 - 5 Feb 2010
![]() | ![]() | ![]() |
Pada 29 Januari-1 Februari yang lalu telah diadakan Mini Karnival Karangkraf 2010 bertempat di pekarangan Kompleks Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Seksyen 15 Shah Alam. Promosi jualan yang berlangsung selama empat hari ini mendapat sambutan meriah apabila seramai 20 ribu orang pengunjung telah membanjiri pekarangan kompleks itu.
Buku Prima tidak terkecuali daripada menyertai karnival ini. Banyak aktiviti yang disediakan untuk pengunjung antaranya sesi beramah mesra bersama penulis seperti Nurul Syahida (Soalnya Hati, Plain Jane & Aku Kan Novelis!), Siti Rosmizah (Andai Itu Takdirnya & Cinta Kau Dan Aku), Mia Khaidina (Kala Hujan Menitis & Andainya Kukembali), Ramlah Rashid (Tak Kuduga, Sara Kirana, Qaseh Qaisy, Aku Cinta Kyra & Seharum Cinta Lestary) dan Danisha Nur (Kifarah Cinta).
Selain itu, buat julung kalinya BP mengadakan cabutan nombor bertuah bagi pengunjung yang membeli barangan RM 100 ke atas. Antara hadiahnya adalah sumbangan daripada Linda Onn iaitu baucer makan di Mum's Chicken Rice, barangan Tupperware dan banyak lagi. Bagi yang membeli buku atas RM 50, BP turut menghadiahkan cenderahati tajaan Ginvera, Gardenia dan Johnson & Johnson.
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang untuk memborong buku di BP kerana adanya diskaun 30% selain mendapat cenderahati dan hadiah cabutan bertuah. Rata-rata pengunjung amat berpuas hati dan berasa amat gembira.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009
PELANCARAN BUKU IMEJ - Diri Anda Aset Anda
Siti Rosmizah - Anugerah Pilihan Pembaca Popular & Berita Harian
PROMOSI JUALAN DI PERPUSTAKAAN NEGERI PERAK
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI ULTIMATE PRINT, BUKU PRIMA & DASAR CETAK
MINI KARNIVAL KARANGKRAF KE-10
Meriahnya MINI KARNIVAL KARANGKRAF 2010!
PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2010
KEJOHANAN BOLA JARING ANTARA JABATAN (Terbaru)
MAJLIS SANTAPAN AMAL NUR KASIH (TERBARU)
AKAN DATANG - PESTA BUKU SELANGOR 2010
Majlis Pelancaran Buku ASPIRASI ANGKASAWAN - Catatan Pengalaman Calon Angkasawan Negara
|
MukaSurat 1 / 2 |








