16 Okt 2009 - 16 Okt 2009
![]() | ![]() | ![]() |
Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini telah diadakan pada 16hb Oktober 2009 iaitu pada hari Jumaat bermula dari pukul 2 hingga 6 petang. Majlis ini adalah hasil usahasama Buku Prima, Dasar Cetak dan Ultimate Print.
Jamuan ini yang dihadiri oleh bos-bos besar Kumpulan Karangkraf, Tuan Hj. Hussamuddin Yaacub, Encik Nasir Hamzah, Encik Syamil Fahim, Puan Firdaus dan ramai lagi turut memeriahkan lagi jamuan hari raya ini. Jamuan ini bukan hanya diraikan oleh staf-staf Kumpulan Karangkraf sahaja, bahkan juga dihadiri oleh penulis-penulis Buku Prima seperti Syahril Othman, Kapten Faiz Kamaluddin, Encik Hazrul Hafizi, Suzana Md Dahan@Zyra Safiya, Nurul Syahida, Jaafar Onn, Sharifah Shawati, Rubiah Suparman dan ramai lagi.
Selain menjamu selera, mereka juga dihiburkan dengan nyanyian karaoke bagi memeriahkan lagi majlis. Makanan pula jangan katalah, ada kambing panggang golek, kek lapis tajaan Deja Moss, kuih bahulu tajaan Jaafar Onn, lemang dan rendang tajaan Rubiah Suparman, laksa utara, kue tiaw goreng, cendol dan banyak lagi juadah yang disediakan.
Majlis ini juga bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama staf di Karangkraf amnya, khususnya di Buku Prima dan Dasar Cetak. Semoga ukhuwah yang terjalin dapat mencerminkan kebersihan hati umatNya di hari yang mulia, Hari Raya Aidilfitri.
Untuk anda semua, Selamat Hari Raya Aidilfitri kami ucapkan. Maaf zahir dan batin.
Jumpa lagi tahun depan, insyaAllah...
Lokasi: Laman Damai, Dasar Cetak Sdn Bhd, Seksyen 15 Shah Alam.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009
PELANCARAN BUKU IMEJ - Diri Anda Aset Anda
Siti Rosmizah - Anugerah Pilihan Pembaca Popular & Berita Harian
PROMOSI JUALAN DI PERPUSTAKAAN NEGERI PERAK
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI ULTIMATE PRINT, BUKU PRIMA & DASAR CETAK
MINI KARNIVAL KARANGKRAF KE-10
Meriahnya MINI KARNIVAL KARANGKRAF 2010!
PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2010
KEJOHANAN BOLA JARING ANTARA JABATAN (Terbaru)
MAJLIS SANTAPAN AMAL NUR KASIH (TERBARU)
AKAN DATANG - PESTA BUKU SELANGOR 2010
Majlis Pelancaran Buku ASPIRASI ANGKASAWAN - Catatan Pengalaman Calon Angkasawan Negara
|
MukaSurat 1 / 2 |








