Cikgu Kamil Kongsi Tip @ Resensi Selamat Pagi Malaysia TV1
11 Jun 2012 - 11 Jun 2012
Nota: klik pada gambar untuk paparan lebih besar
7 JULAI 2012 - Cikgu Kamil tampil di kaca TV menerusi rancangan Selamat Pagi Malaysia, slot Resensi sekitar jam 8.30 pagi tadi. Beliau telah diundang ke studio untuk mengulas sedikit sebanyak tentang buku terbaharu beliau ‘Rahsia Jadi Genius di Sekolah Rendah’ terbitan Grup Buku Karangkraf. Buku tersebut telah pun berada di pasaran sejak Mei lalu.
Karya pertama Cikgu Kamil bersama GBK itu dipersembahkan dengan gaya bahasa yang mudah difahami dan dekat dengan pembaca sasaran iaitu anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Walau bagaimanapun, tip-tip di dalam buku tersebut juga sesuai dimanfaatkan oleh golongan yang lebih dewasa sekiranya ingin membongkar pontensi diri.
Karya ini mampu membantu pelajar dalam memberikan kaedah-kaedah terbaik untuk berubah kepada seorang pelajar genius. Teknik yang diajar menerusi latihan-latihan yang disediakan akan memudahkan pelajar mengingati fakta-fakta penting dalam pelajaran. Dengan menggunakan otak kiri dan kanan secara optimum serta mengamalkan tip-tip yang diberikan di dalam buku ini, pelajar biasa boleh bertukar genius! Dapatkan naskhah ‘Rahsia Jadi Genius di Sekolah Rendah’ dengan harga RM18.00 di pasaran sekarang.
11 Jun 2012 - 11 Jun 2012
![]() |

Aktiviti
|
MukaSurat 1 / 11 |