Teh Tarik Satu KLFM @ Restoran Pak Yop Corner
27 Feb 2012 - 27 Feb 2012
Nota: klik pada gambar untuk paparan lebih besar
PADA 17 Februari 2012 yang lepas, Restoran Pak Yop Corner, Pantai Dalam telah terpilih menjadi destinasi ketiga penjelajahan Teh Tarik Satu. Program luar stesen radio KLFM yang berlintas langsung di lokasi kedai makan terpilih sekitar Kuala Lumpur itu, kali ini membawakan dua artis terkenal iaitu Black Mentor dan Adzrin Adzhar.
Sambil bersantai bersama-sama barisan penyampai KLFM, pengunjung dihiburkan dengan lantunan suara Black Mentor menerusi beberapa buah lagu termasuk Dewi Alia dan Sofea Jane. Adzrin Adzhar juga tidak melepaskan peluang mendekati peminat dengan mempersembahkan beberapa buah lagu yang dipetik daripada album pertama beliau.
Sebagai tanda penghargaan, pengunjung bertuah pada malam tersebut membawa pulang pelbagai cenderahati berupa barangan eksklusif KLFM dan buku-buku terbitan Grup Buku Karangkraf. Acara santai itu bermula sekitar jam 9.30 malam dan berakhir pada jam 10.30 malam.
Untuk bacaan lebih jelas, sila layari: http://www.alaf21.com.my/berita/?b=201202273218665887
Laporan: Ash/Fadilla
013-2282444
buku@karangkraf.com
27 Feb 2012 - 27 Feb 2012
![]() |

Aktiviti
|
MukaSurat 1 / 11 |