Bengkel Asas Penulisan Skrip Adaptasi Novel Ke Drama & Filem
24 Feb 2012 - 24 Feb 2012
Nota: klik pada gambar untuk paparan lebih besar
BUAT pertama kalinya, jabatan editorial Alaf 21 menganjurkan Bengkel Asas Penulisan Skrip Adaptasi Novel ke Drama & Filem pada 18 dan 19 Februari 2012 yang lalu. Bengkel yang disertai oleh 25 novelis Alaf 21 dan Buku Prima itu bertujuan untuk memberi pendedahan awal tentang teknik penulisan skrip khususnya yang diadaptasi daripada novel ke drama atau filem selain memberikan galakan kepada para novelis untuk mengembangkan bakat dalam satu lagi cabang pengkaryaan.
Sekiranya sebelum ini skrip drama adaptasi novel biasanya ditulis oleh individu lain, cabaran kini dihalakan sepenuhnya kepada barisan novelis di Alaf 21, Buku Prima dan Grup Buku Karangkraf supaya mereka tampil menghasilkan sendiri skrip bermutu untuk novel karya masing-masing sekiranya berpeluang untuk di-adaptasikan.
Pelbagai isu berkaitan penulisan skrip adaptasi novel yang dikongsikan oleh penceramah yang diundang khas, Puan Maizura Mohd Ederis. Beliau merupakan penulis skrip drama yang semakin men-dapat perhatian dalam industri penerbitan drama dan filem. Antara skrip drama yang pernah melonjakkan nama beliau termasuk drama adaptasi novel ‘Kasih Yang Suci’ Nora Elena dan Tangisan Bulan Madu 2. Terkini, drama hasil garapan skrip beliau ‘BFF Teman Tapi Mesra’ sedang ditayangkan di layar kaca TV9.
Antara pengisian menarik dalam bengkel selama dua hari itu termasuklah; pendedahan terhadap undang-undang hak cipta sesebuah karya yang di-adaptasikan, perbezaan medium antara novel dengan drama atau filem, teknik mendokumentasikan idea dan konsep skrip, pasaran yang berpotensi sebagai medium skrip divisualkan dan persediaan penulis menghasilkan logline skrip yang paling berkesan.
Selain itu, latihan amali membaca petikan novel seterusnya simulasi menulis logline juga memberi pengalaman baharu kepada para peserta bengkel sekali gus memberi gambaran sebenar bahawa sekiranya mempunyai ilmu dan teknik yang betul, sesebuah skrip lebih mudah dihasilkan. Tayangan petikan-petikan video daripada drama adaptasi Nora Elena, filem Ombak Rindu dan Songlap juga membantu para peserta untuk lebih memahami konsep, idea dan pengisian yang cuba disampaikan penceramah.
Tahniah Alaf 21 dan Grup Buku Karangkraf di atas kejayaan penganjuran bengkel yang julung kali seumpamanya diadakan. Ternyata, usaha murni syarikat penerbitan mengangkat karya-karya adaptasi novel perlu terus diperjuangkan. Semoga industri penerbitan drama dan filem adaptasi novel-novel karya anak tempatan membuka lebih banyak peluang kepada lebih ramai pelapis penulis skrip berbakat untuk terus berkarya.
Untuk bacaan lebih jelas, layari: http://www.alaf21.com.my/berita/?b=201202242153438665
Laporan: Fadilla
013-2282444
buku@karangkraf.com
Lokasi: shah alam
24 Feb 2012 - 24 Feb 2012
![]() |

Aktiviti
|
MukaSurat 1 / 11 |