projek seram : kolej
Penulis :Fazrin Fauzi, Zyra Safiya, Jessy Mojuru
Kategori: Seram
ISBN : 978-967-446-330-4
Halaman: 464
BERAT :0gram
RM 28.00
SINOPSIS

SUMPAHAN - Fazrin Fauzi
Satu sumpahan telah termeterai berpunca daripada keegoan manusia yang mana mengakibatkan pembinaan Kolej Teknologi Naka tidak dapat disiapkan sepenuhnya. Zamani merupakan penyelia tapak yang terpaksa mengambil alih tugas di kawasan pembinaan kolej itu yang sudah hampir enam bulan terbengkalai. Namun, segalanya bertukar ngeri sebaik Zamani bertemu dengan roh yang ingin membalas dendam. Satu per satu rahsia dibongkar Zamani hingga membuatkan satu nyawa terancam. Mampukah anak muda itu mematikan sumpahan tersebut? Adakah pembinaan kolej itu siap dibina pada akhirnya?

Kerana ego seorang manusia, nyawa seseorang menjadi mangsa.

TIGA - ZYRA SAFIYA
Bila Tis mengikut kekasihnya yang mahu berseronok mencari hantu, dia tidak menyangka apa yang mereka cari di luar bakal membawa kepada terbongkarnya rahsia berdekad lamanya di kolej mereka.  Gangguan dan jelmaan kian mengulit kehidupan mereka. Buruan telah bermula. Pemujaan syaitan demi kuasa. Dan demi kuasa manusia sanggup membunuh. Satu manusia. Tiga darah.

Darah sama merah. Hati lain-lain!

ROH - JESSY MUJURO
Serakah manusia buat roh mereka hidup sekian lama. Dalam sisi gelap ini, jiwa dan roh mereka tenat, azab menanggung beban dendam. Seseorang harus dikorbankan sebagai bayaran terhadap kezaliman dan penindasan yang telah disengajakan. Lantas diheret ke dunia kelam ini untuk merungkai jenayah silam.

Kau milikku setelah kau cabut nyawaku!

KALENDAR BUKU PRIMA
KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.