anding ayangan
Penulis :Ramlee Awang Murshid
Kategori: Thriller
ISBN : 978-967-446-317-5
Halaman: 528
BERAT :0gram
RM 34.00
SINOPSIS

NYIAN ditemui hanyut di Sungai Papar 10 tahun lalu. Dia mengalami amnesia. Lupa dari mana asal-usulnya. Nyian menjadi nelayan dalam tempoh tersebut. Selepas10 tahun... dia mulai galak bercerita tentang sebuah dongeng yang dikenali sebagai Anding Ayangan. Ramai yang tidak mengetahui, tatkala Nyian bercerita... dongengnya menjadi hidup di sebuah dunia yang terhijab dengan dunia nyata. Peperangan berlaku di dunia dongeng. Kerajaan Ayangan gagal menawan Anding sejak 200 tahun lampau. Persengketaan yang berteraskan kepercayaan dan politik berlanjutan sehingga salah satu hancur. Dalam peperangan muncul pelbagai kisah yang hidup dengan pelbagai ‘rupa’ manusia. Dalam banyak ‘wajah’ terbit pula sebuah percintaan antara dua pihak. Percintaan yang bertambah menyemarakkan marah dan dendam. Percintaan yang bermaharkan kematian. Dalam kerancakan perkelahian... terpinggir sebuah tanah tengah di lautan. Tanah bergelar Pulau Chermin. Didiami raja tanpa jelata. Enggan mencampuri urusan peperangan namun terikat sumpah kalimah mempertahankan Anding dari arah lautan. Sumpah yang diikat seorang ulama berasal dari negara Brunei Darussalam.

KALENDAR BUKU PRIMA
KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.